in

“Aku bekerja keras sbg pengutip sampah!”- Kanak-kanak Perempuan Dibuli Rakan Sekelas Hanya Sebab Kasut Sekolah Dipakainya

Featured 32

Setiap kali sesi persekolahan menjelang tiba, anak-anak akan dibelikan peralatan sekolah baharu serba lengkap dari kepala sampai ke kaki.

Si anak pula bila tiba di sekolah akan mula membanding-bandingkan peralatan sekolah mereka dengan kawan-kawan yang lain, sama ada beg, kasut, baju, bekas pensil dan banyak lagi.

Namun berbeza dengan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Jawa Barat ini yang dibuli rakan sekelasnya hanya kerana kasut sekolah yang dipakai.

 

“Aku yang berpenat-penat bekerja untuk beli kasut”

Nabila Reakan Sekelas

Video kanak-kanak perempuan miskin dikenali sebagai Nabila ini dibuli menjadi viral di media sosial. Dia yang merupakan pelajar di sebuah sekolah di Cibodas kelihatan sedih dan marah ketika rakan-rakan sekelas mempersoalkan kasut sekolah yang dipakainya.

Memetik mStar, video berdurasi 30 saat itu menujukkan Nabila bersemuka dengan 3 orang rakan kelasnya selepas rakan-rakannya berkata kasut yang dipakai Nabila di beli menggunakkan duit ibu bapanya, sama seperti kanak-kanak lain.

Namun jawapan Nabila ini pasti buat korang terkedu dan menangis…

 

Aku tak pakai duit bapa kamu! Aku yang berpenat-penat bekerja untuk beli kasut..Aku ditinggalkan ibu, bapa…kamu tidak!”

Bagaimanapun, kalau korang dapat tengok menerusi video tersebut rakan-rakannya sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata Nabila. Malah mereka siap provoke lagi.

Video yang dikongsikan pengguna twitter @bambangelf sehingga kini mendapat 31k retweets dan 27k likes sejak ia dikongsikan pada 16 April.

 

Nabila tak dibuli tapi..

Namun ada pengguna twitter lain memaklumkan Nabila bukannya dibuli sebaliknya apa yang berlaku hanya salah faham..Alamak! Mana satu ni.

8 2
Sumber : twitter

9 1

Apa-apa pun kita doakan semoga ada pihak yang membantu Nabila khususnya dalam meneruskan sesi persekolahan. Iyelah bukan senang nak teruskan hidup tanpa mak dan ayah disisi.

Baca : Kau berhenti sini Pemandu Bas Rapid Biadap, Buli Budak Sekolah Tak Bagi Berhenti Kat Rumah

10