in ,

“Kau berhenti sini” – Pemandu Bas Rapid Biadap, Buli Budak Sekolah Tak Bagi Berhenti Kat Rumah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau tak nak bantu sekalipun, tak perlu lah nak aniaya orang sampai macam tu sekali, kesian dah lah penumpang Bas Rapid ni pelajar sekolah, ada pula dibuli sedemikian rupa.

Orang dah penat-penat balik dari sekolah, ada pula pemandu bas tu berhentikan tempat lagi jauh gara-gara tak cukup duit tambang.

 

Tak nak berhentikan sebab bayar tambang tak cukup

Sumber : Twitter

Memang betul apa yang dikatakan @afifhamirrh ni, kalau nak marah penumpang sekalipun sekurang-kurangnya bertimbang rasa lah sikit, itu kan pelajar sekolah. Sah-sah duit belanja pun terhad.

“Perlu ke driver bas rapid buat sampai mcm ni? and standard lah budak sekolah just bayar 50 sen lagipon at that time she still wear her sch uniform and dia pon balik sekolah bukannya dari tempat lain.”

Dah tu, pelajar sekolah ni siap ambil inisiatif lain lagi, tapi si pemandu biadap ni tetap tak nak berhentikan, lagi dibawa ketempat lain

 

Dah pinjam duit tapi, tetap tak nak berhentikan. Kurang ajar

Sumber : Twitter

Tapi, difahamkan kalau pelajar sekolah harga tambang 50 sen, kalau betul kenapa nak minta harga asal? 

“Dia siap pinjam duit dekat orang dalam bas tu utk bayar duit yg tak cukup but why the driver still taknak stop the bus?? Tak boleh fikir ke if ade ape ape bende buruk yang boleh jadi dekat dia time dia kene jalan kaki tu she just a such girl! i think this is too much

Rata-rata netizen geram dengan pihak Rapid KL dengan sikap pemandu-pemandu mereka. Bahkan ada antara netizen kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama terhadap servis dan layanan buruk pemandu berikan kepada penumpang.

 

Bila hujan dia tak nak buka pintu bas – Netizen

Sepatutnya isu ini tak boleh dipandang remeh, bayangkan keselamatan pelajar sekolah,bukan nak minta tapi apa jadi kalau dia diculik, sepatutnya kita kena memupukkan sikap prihatin sesama sendiri.

 

Baca : Bas Rapid Berhenti Rapat Sangat Dengan Longkang Sampai Warga Emas Maut Terjatuh

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: