in

“Agak-agaklah nak tunjuk sado pun…” – Lelaki Cuba Baju Di Tempat Awam Dikecam Netizen

Page 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini suka shopping baju? Biasanya sebelum beli baju baru, kita akan cuba dulu baju tu untuk tahu sama ada saiznya sesuai atau tak dengan badan kita, kan?


Namun di Indonesia, lain pula ceritanya. Macam yang Min jumpa di akaun Tiktok @musbiransyah_official ni, lelaki ini dengan selambanya membuka baju yang sedang dia pakai di tengah-tengah kedai dan terus menyarungkan baju baru yang dipamerkan. Salah tempat nak tunjuk sado tu, bang.

@musbiransyah_official

Tips yang Males bolak-balik ruang ganti karna kejauhan ? Simple nya begini ‼️ #foryou #foryoupage #viraltiktok #uniqloindonesia #jalanpintas

♬ talking to the moon x it will rain remix by tammy – ? ? ? ?

Menurut kapsyen pada video itu, lelaki ini dikatakan memberi tips kepada mereka yang malas untuk berulang-alik ke bilik persalinan. Namun, netizen mempunyai pendapat yang berbeza tentang hal ini. Mustahil lah jauh sangat fitting room tu, bang oi…

Ada netizen yang berpendapat lelaki itu sekadar mahu ‘tayang badan’, melihat rupa fizikalnya yang agak tegap. Namun, lebih ramai yang menegur aksi lelaki ini yang dikatakan tidak beradab. Tinggi sangat tahap keyakinan abang ni.

G 2 D 4 S 4 A 4

Tidak lupa juga kepada netizen tempatan yang bersyukur kerana wujudnya bilik persalinan di Malaysia. Sarkastik sangat kan orang kita ni?

F 2

Macam-macam ragam nampaknya warga negara serumpun kita ni, kan? Nasib baiklah kat Malaysia belum ada lagi orang yang buat benda-benda macam ni.

BACA: “Jauh sangat tersasar tu, pak” – Terpanah Dahi Orang Awam, Netizen Terhibur Melihat Aksi Lelaki Ini

Capture 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.