Pernah tak korang sertai mana-mana permainan yang berlangsung di tengah-tengah pusat beli belah? Kalau pernah, mesti korang faham perasaan gementar bila kita sedang sertai acara itu sambil diperhatikan oleh orang ramai, betul tak?
Salah satu permainan yang selalu dimainkan adalah memanah untuk mendapatkan hadiah. Mesti terus teringat zaman budak-budak bila main permainan macam ni kan?
Melalui video yang dikongsi di Tiktok @treee28, lelaki ini dilihat menyertai acara memanah di sebuah pusat beli belah.
@treeee28
Namun, anak panah mainan yang dilepaskan lelaki itu agak menyimpang dari sasaran. Sebaliknya, anak panah itu terkena tepat pada dahi seorang wanita yang tidak jauh dari situ. Aduh… teruk sangat tersasar tu pak.
Video berdurasi 16 saat itu bertempat di sebuah pusat beli belah di Indonesia. Tular di laman Tiktok baru-baru ini, ia mencapai lebih dari 100 ribu jumlah like dan lebih sejuta tontonan.
Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi wanita itu setelah dipanah tepat di kepala. Ada yang menganggap bahawa lelaki berbaju putih itu gementar setelah diperhatikan orang ramai. Ada juga yang merasakan tindakan itu seakan disengajakan oleh lelaki itu. Amboi.. jual minyak ke tu, bang?
Korang pula rasa macam mana? Adakah abang ni tersasar, atau memang dia sengaja panah perempuan tu?
BACA: [VIDEO] Tengah Syok Guna, Netizen Turut Speechless Tengok Drone Baru Kena ‘Rembat’ Dengan Helang