“Agak-agak berapalah sekilo nanti” – Aliff Syukri Nak Mula Jual Durian Pula

Tambah ke Sumber Pilihan
“Agak-agak berapalah sekilo nanti” – Aliff Syukri Nak Mula Jual Durian Pula

Menerusi satu perkongsian di media sosial, khabarnya pengusaha kosmetik popular Datuk Aliff Syukri sedang mengikuti kursus menanam durian jenis Musang King untuk meluaskan lagi perniagaannya.

Seperti yang kita ketahui sebelum ini, Aliff Syukri memang cukup terkenal dengan pelbagai jenis perniagaan yang dilakukan daripada produk kosmetik, resort, perkakas masakan, sehinggalah yang sempat tular sebelum ini iaitu ‘Sup Jolo’.


Nampaknya, sekiranya projek terbaru Aliff Syukri ini berjaya, beliau akan menambah lagi satu portfolio perniagaannya iaitu durian Musang King.

Walaupun negara sedang teruk menghadapi pandemik Covid-19, nampaknya usahawan terkenal ini tidak berhenti untuk mencari peluang dan menimba ilmu baharu, satu sisi positif yang perlu diambil dan belajar oleh semua orang.

210102185 358762915621737 7592554237769062329 NSumber: Facebook

Menerusi posting tersebut, difahamkan Aliff Syukri mempelajari kursus tersebut dengan orang berbangsa cina. Menurut pendapat beliau, kebanyakan peniaga durian jenis tersebut berjaya dengan perniagaan durian tersebut.

“Ada jer ni tengah ambik kusus penanaman pokok musang king dengan mereka yang mahir ..sebab kebanyakan mereka yang berjaya menanam durian ni ada orang berbangsa Cina sebab tu saya nak belajar dengan mereka”

Agak-agak berapalah harga sekilo?

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengikut beliau memuji semangat dan kerajinan usahawan ini untuk menimba ilmu dan mencuba perniagaan baru. Kalau difikirkan, buat apa susah-susah nak cuba benda baru sedangkan usahawan tersebut dah berjaya dengan perniagaan sekarang.

Mee JlSumber: Facebook

Dalam ruangan komen juga, ramai meminta supaya perniagaan tersebut berjaya dan bolehlah dijual secara longgok ataupun tidak seperti harga Musang King yang ada di pasaran Malaysia sekarang ni..

Durian Murah FbSumber: Facebook

Namun, seperti kebiasaan posting Aliff Syukri, pasti ada netizen yang ‘nakal’ suka menyakat beliau. Ramai jugak yang berteka-teki berapa harga yang bakal diletakkan pada durian keluaran kebun ini nanti.

BagusSumber: Facebook

Ada-ada je netizen ni. Korang rasa berapa harganya nanti? Atau, agak-agak nama apa yang Aliff Syukri akan letak? 

Baca : “Orang berniaga makanan kau pun nak jugak” – Sharnaaz ‘Hentam’ Produk Makanan Aliff Syukri, Ini Respon Chef Wan

Aliff Syukri

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Agak-agak berapalah sekilo nanti” – Aliff Syukri Nak Mula Jual Durian Pula
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/agak-agak-berapalah-sekilo-nanti-aliff-syukri-nak-mula-jual-durian-pula/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM