in

Adik Tergamak Pukul Kakak Dengan Batang Penyapu Sampai Lumpuh Separuh Badan Gara-gara Tak Diberi Wang

Pukul Penyapu

Benarlah kata orang, hal berkaitan wang ini jangan dibuat main. Adik beradik pun bergaduh sampai pukul memukul tau.

Inilah yang berlaku kepada seorang kakak di Sibu, Sarawak apabila dia telah dipukul oleh adik kandungnya sendiri sehingga lumpuh kerana tidak diberi wang.

Menurut Harian Metro, mangsa telah dipukul dengan sebatang penyapu oleh suspek sehingga mengalami kecederaan di tulang belakang yang menyebabkan saraf tunjangnya tertekan kuat hingga mangsa lumpuh dari paras dada ke kaki. Aduhai… 

A5 1612243386

Kejadian katanya berlaku pada 22 Januari lepas sekitar jam 3 petang di rumah mereka dekat Jalan Sungai Antu.

Ketua Polis  Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, sebelum ini, keluarga mangsa dan suspek tak mahu kejadian tersebut menjadi kes polis. Namun lepas didesak oleh mangsa, keluarga mereka tampil membuat laporan polis semalam.

Susulan laporan yang dibuat, suspek yang berusia 44 tahun ditahan polis pada 2.10 petang semalam untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal juga mendapati kejadian berlaku selepas suspek enggan memberi wang kepada mangsa walaupun sudah didesaknya beberapa kali.

“Mangsa berang dan mengambil batang penyapu lalu memukul suspek. Lelaki itu kemudiannya merampas batang penyapu dan terus memukul mangsa di kepala, badan dan belakang beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa jatuh terlentang di atas lantai ruang tamu di tingkat atas kediaman mereka.

“Suspek terus memukul badan mangsa yang berada dalam keadaan telentang itu hingga emaknya menjerit ke arahnya untuk berhenti memukul mangsa.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sibu dan akan menjalani pembedahan pada tulang belakang esok,” kata polis.

Jhadu

Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan. Kes juga akan dirujuk kepada pegawai perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim ke atas mangsa.

Haish tak memasal kakak tu lumpuh dek sikap adik yang mahukan wang. Semoga cepat sembuh. 

Baca: “Dipercayai dipukul objek tumpul” – Belum Jumpa Punca Kematian, Polis Temui Luka Di Kepala & Lebam Belakang Badan Amir

Collage

Sumber: Harian Metro