in

“Dipercayai dipukul objek tumpul” – Belum Jumpa Punca Kematian, Polis Temui Luka Di Kepala & Lebam Belakang Badan Amir

Collage

Jumaat lepas, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak, Amir berusia tujuh tahun yang ditemui mati di dalam tong air di dalam tandas rumah ibu kandungnya. Kematiannya ini dipercayai berpunca dari penderaan ibu kandung dan bapa tirinya.

Kalau korang nak tahu, kisah Amir pernah mendapat perhatian tahun lepas bila ibu angkatnya memuat naik video dia terpaksa menyerahkan anak angkatnya yang telah dijaga selama enam tahun ini ke pangkuan ibu kandungnya semula.

Memetik laporan dari Harian Metro, pihak polis telah menemui banyak kesan lebam serta beberapa kecederaan lama dan baru di badan kanak-kanak malang ini.

Selain itu, terdapat juga luka kecil baru di bahagian belakang kepala mangsa sepanjang tiga sentimeter dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Namun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisoner Mohd Sukri Kaman mengatakan pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca kematian mangsa sama ada disebabkan penderaan atau lemas seperti yang didakwa.

Img 9625

Masih terlalu awal untuk mengesahkan punca kematian, cuma kita boleh sahkan memang terdapat kecederaan terutama sekali di bahagian kepala dan beberapa anggota badan terutama di bahagian belakang mangsa.

“Kami percaya kecederaan itu akibat dipukul dengan objek tumpul, namun kita masih melakukan siasatan rapi berkaitan perkara itu sama ada kecederaan itu disebabkan mangsa terjatuh atau dipukul oleh mana-mana individu.”

Fb Img 1611990591752

Tak cukup dengan itu, laporan hasil bedah siasat ke atas mangsa juga belum dapat memastikan punca kematian kerana terdapat beberapa spesimen seperti paru-paru, jantung dan hati yang perlu diuji oleh makmal terlebih dahulu.

Tambahnya lagi, ketika pihak polis tiba ke rumah mangsa Jumaat lalu, mayat telah pun dikeluarkan dari tong berisi air.

“Ketika polis tiba, mangsa baru sahaja meninggal dunia kira-kira tiga jam sekali gus menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa mangsa sudah meninggal dunia tiga hari.”

Kes ini masih lagi di dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tiga adik beradik mangsa akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Manakala ibu kandung Amir dan bapa tirinya telah pun direman tujuh hari sejak Sabtu lalu.

Moga kes adik Amir ni dapat diselesaikan dengan cepat.

 

Baca: “Ingat ada kes COVID…” – Kes Budak Disyaki Maut Didera, Jiran Dakwa Kerap Dengar Bunyi Kanak-Kanak Menangis

Screenshot 2021 02 01 At 11.48.37 Am

Sumber: Gempak
Sumber: Blog