in

“Adam tunggu kami di syurga”

Adam Rayqal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sesiapa pun pastinya takkan dapat membayangkan macam mana perasaan kedua ibu bapa melalui detik paling sukar dalam hidup mereka iaitu kehilangan anak yang disayangi.


Kalau anak tu meninggal akibat sakit biasa pun dah sedih, inikan pula meninggal dengan cara yang kejam! Namun redha dengan apa yang berlaku, bapa Adam Rayqal percaya anaknya sedang menanti dia dan isteri di syurga, lapor Berita Harian.

61530740758 Adamrayqal
sumber: bh

Kita mengharapkan yang terbaik kepada Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia. Insya-Allah, Adam tunggu kami sama di syurga,” kata Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, bapa bayi 5 bulan tu.

Kata-kata ni diucap semalam (4 Julai) selepas majlis pengebumian jenazah Adam, bayi yang dijumpai mati dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya. Mohd Sufi jugak pada masa yang sama meminta orang ramai untuk hormati privasi keluarganya dan jangan lagi viralkan gambar arwah yang tak sepatutnya.

“Saya selaku ayah Adam Rayqal mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu pencarian anak kami.

“Kalau ada yang share gambar yang tidak sepatutnya, minta tolong hormati privasi arwah Adam Rayqal,” kata Mohd Sufi.

Adam 2
sumber: bh
Adam 1
sumber: bh

Jenazah Adam Rayqal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam pada jam 10.30 malam semalam. Sebelum tu, jenazah bayi tu disembahyangkan di Masjid Al-Muktafi Billah jam 9.53 malam.

Datuk mangsa, Mohd Fauzi Jusoh telah memangku jenazah Adam masuk ke dalam tanah perkuburan tu dan majlis pengebumian bayi tersebut telah dihadiri hampir 1000 orang penduduk setempat yang masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Adam 3
sumber: bh
Adam 4
sumber: bh

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat telah mengesahkan hasil bedah siasat yang menjumpai kesan retak pada tempurung kepala sebelah kiri Adam dan pendarahan di bahagian kanan otaknya. Allahuuu! 

Siasatan kini sedang giat dijalankan untuk mengetahui sama ada bayi tu telah dipukul, dihempas atau terjatuh semasa dalam jagaan suspek. Malah dakwaan yang mengatakan bayi tu tersedak susu jugak tak logik sebab tak ada sisa susu yang ditemui pada kerongkong mangsa.

Marilah kita doakan semoga kes baby Adam ni diadili dengan sewajarnya. Tak sanggup dengar raungan dan esakkan ibu mangsa. Al Fatihah. 

Baca: Kata-kata Semangat Mufti Wilayah Buat Ibu Bapa Adam Rayqal

Mufti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.