Kata-kata Semangat Mufti Wilayah Buat Ibu Bapa Adam Rayqal

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pagi tadi, berita menyayat hati telah disampaikan kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal selepas anak mereka dilaporkan hilang dipercayai diambil orang lain.

Mangsa telah ditemui di rumah pengasuh, dibungkus dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais semasa pemeriksaan dibuat oleh anggota Siasatan jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Sumber: Harian Metro

Difahamkan ibu bapa mangsa sudah pun dipanggil untuk cam mayat anak mereka sebelum proses bedah siasat dijalankan, lapor Berita Harian.

Pemergian mangsa dengan cara tak disangka ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang memberikan kata-kata semangat buat kedua ibu bapa Adam Rayqal di laman Instagram miliknya. Kata beliau,

“Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal.”

Sumber: Berita Harian

Beliau turut mendoakan supaya keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini serta mengingatkan mereka bahawa anak kecil itu akan ditempatkan di dalam syurga.

“Sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.”

Beliau turut menyelitkan hadis Riwayat Muslim yang berkaitan bagi menaikkan semula semangat ibu bapa yang dah kehilangan anak kesayangan mereka itu. Sesungguhnya anak kecil yang pergi menemui pencipta-Nya akan menjadi anak syurga.

KEPADA IBU & AYAH ADAM RAYQAL Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya. عَنْ أَبِي حَسَّانَ، قَالَ قُلْتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّهُ قَدْ مَاتَ لِيَ ابْنَانِ فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِحَدِيثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا قَالَ قَالَ نَعَمْ ” صِغَارُهُمْ دَعَامِيصُ الْجَنَّةِ يَتَلَقَّى أَحَدُهُمْ أَبَاهُ – أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ – فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ – أَوْ قَالَ بِيَدِهِ – كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنِفَةِ ثَوْبِكَ هَذَا فَلاَ يَتَنَاهَى – أَوْ قَالَ فَلاَ يَنْتَهِي – حَتَّى يُدْخِلَهُ اللَّهُ وَأَبَاهُ الْجَنَّةَ Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: "Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?" Abu Hurairah menjawab: "Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga." (Riwayat Muslim, no: 2635) Akhukum fillah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan

A post shared by Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (@drzulkifli.albakri) on

Orang ramai yang membaca mesej berkenaan turut menyampaikan betapa mereka turut sedih dan simpati serta mendoakan keluarga Adam Rayqal supaya terus tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber: Instagram

Takziah buat keluarga Adam Rayqal. Semoga terus tabah menghadapi ujian ini dan semoga kematian arwah mendapat keadilan.

Baca: Pengasuh Kejam, Bungkus Mayat Budak Dalam Peti Sejuk

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.