Siapa je tak kenal McDonald’s, rakyat Malaysia rata-ratanya membesar dengan jenama restoran makanan segera yang memiliki puluhan ribu francaisnya di seluruh dunia itu.
Meskipun pernah beberapa kali berdepan ancaman boikot dan dijadikan sasaran pelbagai sentimen lain, McDonald’s Malaysia tetap dekat di hati kita semua.
Baru-baru ini, iklan billboard McDonald’s Malaysia yang memaparkan beberapa landmark iconic dan elemen-elemen lokal seluruh negeri menjadi tular di media sosial.
Nak dijadikan cerita, netizen tersentuh dan teruja melihat semua gambar-gambar iklan yang berjaya ditangkap dan dimuatnaik mereka — rasa dekat je di hati katanya!
Ce mengkome tengok sini.
Macam mana, power kan?
Sebenarnya, McDonald’s Malaysia menggunakan konsep personalisation dalam kempen pengiklanan out-of-home terbaru mereka.
Segala perkara dan elemen tradisi yang menjadikan Malaysia ni unik, digambarkan semula dengan menggunakan makanan yang selalu kita pesan seperti fries, nuggets dan ice cream sundae diorang.
Iklan itu bukanlah bermatlamat untuk mendatangkan keuntungan segera kepada francais makanan segera itu — namun lebih kepada meninggalkan kesan di hati pelanggan yang melihatnya.
Bila pelanggan feel good, dah tentulah mereka akan datang selalu kan?
Baca: “Ewwww” – [VIDEO] Reaksi Anak Mat Saleh US Cuba Makan Burger Ramly