in

“Ewwww” -[VIDEO] Reaksi Anak Mat Saleh US Cuba Makan Burger Ramly

Budak Makan Ramly Burger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai orang Malaysia, tipulah kalau korang langsung tak pernah rasa burger Ramly. Hello, salah satu makanan kebanggaan kita okay! Burger ni paling best makan bila lapar tengah-tengah malam tu, memang macam automatik rasa extra sedap. Haha!


Dah lah murah, senang nak dapat dekat mana mana. Bukan tu je, burger Ramly dah mula dikenali di luar negara. Ramai yang rasa tertarik nak cuba rasa burger Ramly sampai ada yang buat video reaksi lagi tau!

Ramly
sumber: willflyforfood

Terbaru, satu Youtube channel bernama HiHo Kids ada buat video reaksi kanak-kanak di United States mencuba burger famous kita ni, burger Ramly!

Selalu burger yang kita beli dekat Malaysia ni nampak messy lepas tu sos, mayonis apa semua meleleh. Kiranya memang kalau makan burger ni akan comotlah. Tapi, dorang improvise sikit sebab dalam video tu, burger Ramly nampak macam ‘high class‘ sikit, tengok roti je dah lah kan.

Burger Ramly
sumber: vkeong
Reaksi Burger1
sumber: youtube

Mula-mula kanak-kanak tu semua rasa pelik bila tengok daging burger disalut dengan telur macam kita buat. Lepas tu macam-macam reaksi ada sebab dalam video tu dorang rasa burger dari pelbagai negara dan burger Ramly dari Malaysia adalah salah satunya.

Reaksi Burger2
sumber: youtube

Antara reaksi kanak-kanak dalam video tu, ada yang kata:

“Mana dagingnya?”

“Eww, (tapi) sebenarnya burger ni nampak sedap juga la.”

Tonton reaksi kanak-kanak dalam video tu dekat bawah ni:

Tetiba admin terliur, teringin nak burger Ramly. Ada jual ke waktu bulan puasa ni?

Baca: “Yang ni lagi merepek, kembang tekak woi”- Lelaki Cuba Resipi ‘Nasi Oreo’ Lepas Tu Menyesal

Kom 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.