in

“Ada orang letak dia dekat situ” – Keluarga Nora Anne Percaya Anak Mereka Diculik Bukan Keluar Sendiri

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun semalam, pihak polis telah mengeluarkan keputusan bedah siasat dan mengatakan kematian Nora tiada unsur-unsur jenayah, keluarga Nora Anne Quoirin masih percaya yang anak mereka diculik dan berazam untuk mendedahkan perkara sebenar.


Memetik MetroUK, peguam ibu bapa Nora, Charles Morel berkata yang keluarga ini masih lagi trauma dengan kehilangan anak kesayangan mereka ini namun, masih belum menolak untuk meneruskan siasatan jenayah atas kematian anak mereka.

Pri 79584950
Sumber: metrouk

“Walaupun bersedih, mereka sekarang sedang mencari punca sebenar kematian Nora. Bagaimana ia boleh berlaku, macam mana dia mati. Nora layak dapat kebenaran ini.”

Ibu bapa Nora kini sedang menunggu keputusan DNA dan toksikologi sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita perlu berhati-hati dengan tafsiran keputusan autopsi pertama itu. Risikonya, adalah bila mereka terus menafikan hipotesis jenayah.

“Kami tak mahu pihak media menolak unsur jenayah hanya dari keputusan autopsi pertama ini.

“Nora merupakan remaja yang malu dan sangat bergantung pada ibunya. Nora bukan seorang yang berani keluar pada waktu malam apabila pergi ke tempat yang jauh dari rumah, lagi-lagi di dalam hutan.”

Pri 795284131 E1565511416129
Sumber: metrouk

Sementara itu, atuk sebelah bapa kandung Nora, Sylvain Quoirin memberitahu media Ireland, ‘beberapa misteri tentang kehilangan dan kematian Nora ini perlu dijawab sebelum mereka boleh redha dengan pemergian Nora.’

Dia tak ada dekat situ (masa pencarian awal). Ada orang letak dia di situ untuk buang dia.”

“Boleh tak anda bayangkan dia berjalan lebih 2km dalam keadaan bogel dan berkaki ayam, melalui batu pada waktu tengah malam? Pada saya, ia mengarut.”

Menurut atuk Nora lagi, mustahil Nora boleh pergi dengan orang asing kerana Nora akan jadi tak tentu arah bila ibu bapanya tak ada di situ dan sentiasa melekat dengan ibu bapa atau adik-beradiknya.

Peguam keluarga ini juga mengatakan perkara yang lebih kurang sama dengan Sylvain.

“Tempat Nora ditemui adalah 2km dari resort, sangat pelik kalau dia boleh pergi ke sana seorang diri. Jadi kami tak boleh nak menolak perkara ini tiada unsur jenayah.”

Pihak polis berkata Nora dipercayai telah memanjat tingkap resort tersebut namun keluarga Nora berkata yang anak mereka tak akan pergi ke mana-mana seorang diri.

 

Baca: [TERKINI] “Mati sebab kebocoran usus” – Kematian Nora Anne TIADA Unsur Jenayah

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.