in

[TERKINI] “Mati sebab kebocoran usus” – Kematian Nora Anne TIADA Unsur Jenayah

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sebentar tadi, Datuk Mohammad Mat Yusop mengesahkan remaja Nora Anne Quoirin hidup selama seminggu di dalam hutan semasa pasukan SAR galak menjalankan pencarian sebelum dia meninggal kerana kebocoran usus dan kebuluran.


Menurut Daily Mail, laporan autopsi, tiada tanda serangan fizikal atau seksual di tubuh badan remaja berusia 15 tahun ini. Ia sekaligus, memadamkan spekulasi Nora diculik dan dibunuh sebelum mayatnya dibuang di Gunung Berembun.

17302192 7359151 Image A 14 1565849429283
Sumber: daily mail

Mayat Nora yang hilang pada 4 Ogos lalu semasa bercuti bersama keluarganya ini ditemui dalam keadaan bogel di air terjun hanya 2km dari resort penginapannya, The Dusun.

Mayat Nora kemudiannya di bawa ke Hospital Seremban di mana pasukan patologi menjalankan autopsi selama hampir 12 jam semalam.

17302190 7359151 Image A 13 1565849427335
Sumber: daily mail

Menurut Mohammad, kebocoran usus yang ditemui ini mungkin disebabkan oleh tekanan kerana lapar dan Nora dikatakan meninggal dua ke tiga hari sebelum jasadnya ditemui.

Selain itu, selaput dara remaja ini masih utuh dan selain kesan calar pada kakinya, tiada tanda keganasan lain dapat ditemui.

Ujian lanjut akan dijalankan di makmal untuk menganalisis kimia pada badan Nora.

Ibu bapa Nora telah diberitahu tentang keputusan bedah siasat ini pagi tadi.

 

Baca: [TERKINI] Keputusan Bedah Siasat Punca Kematian Nora Anne Quoirin Dijangka Pukul 2 Petang Hari Ini

Screenshot 2019 08 15 At 2.40.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.