“Ada deria keenam”- Sempat Selamatkan Bayi Dari Siling Runtuh, Netizen Puji Bibik Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kita mesti pernah dengar pasal deria keenam kan? Cuma umum tahu yang benda tak pasti kesahihannya melainkan dengan bukti kes-kes terpencil.

Kali ni kami nak cerita pasal kejadian yang boleh dianggap sebagai kelebihan mempunyai deria keenam. Tapi tu lah admin pun tak pasti akan kesahihahnya atau kewujudan deria tu. Cuba korang tengok video dekat bawah ni. Mesti korang terkejut.

Nasib baik

Admin pun terkejut mula-mula. Ingat apa lah tadi, tapi bila siling tu runtuh memang berderau gak lah darah. Nasib baik bibik tu cepat dan sempat selamatkan budak tu, kalau tak…

Betul, kalau memang belum ajal, memang akan selamat. Sama lah macam rezeki, kalau betul milik kita, pusinglah macam mana sekalipun, memang akan dapat. Rezeki tak pernah salah alamat. 

Itu lah nasib baik Tuhan gerakkan hati bibik tu cepat-cepat selamatkan baby tu. Kalau lambat sikit je, memang arwah dah baby tu. Allahu.

Mungkin ini penjelasan yang sesuai pasal deria keenam ni. Tak dinafikan orang dari seberang tahu macam mana rasa sebelum gempa bumi tu berlaku. Mungkin sebab banyak kali dah lalui kan, sebab tu dorang cepat bertindak.

Apa-apa pun admin doakan yang terbaik lah untuk keluarga dalam video dekat atas tadi tu. Dan untuk korang semua pun, semoga sentiasa selamat dan sejahtera. Amiin

 

Baca: Bibik Kantoi Curi Duit ‘Ang Pou’ Anak Majikan Letak Dalam Air Kotak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.