in

Bibik Kantoi Curi Duit ‘Ang Pou’ Anak Majikan Letak Dalam Air Kotak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah mencuri tu, macam-macam pulak idea ‘kreatif’ yang muncul untuk sorok dari terkantoi. Tapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.


Macam pengguna Facebook Nicole Lew yang berjaya kantoikan orang gajinya ketika dia cuba untuk bawa keluar duit yang dicuri dari majikannya.

Ceritanya, orang gaji Nicole baru je tamatkan kontrak bekerja dan bersedia untuk pulang ke kampung halaman. Tapi, sebelum mereka nak bergerak ke airport, orang gajinya ini tiba-tiba buat perangai pelik dan cuba nak check air kotak yang dia letak dalam beg. Motif nak check air kotak?

Ini video yang dirakamkan oleh Nicole

https://www.facebook.com/nicole.dadagui/videos/2553217214691728/

https://www.facebook.com/nicole.dadagui/videos/2553217808025002/

https://www.facebook.com/nicole.dadagui/videos/2553217228025060/

Macam yang korang boleh tengok dalam video ni, orang gajinya telah meletakkan duit yang dicuri ke dalam air kotak dengan membuka bahagian bawah dan lekatkan semula air kotak itu untuk elak dari terkantoi.

Menurut World Of Buzz, difahamkan Nicole dan suaminya beri ang pau berjumlah RM6,000 kepada anaknya sebagai duit raya, tapi ang pau tersebut telah ditukarkan kepada wang RM10.

Ketika itu, orang gaji Nicole merupakan suspek utama tapi orang gajinya tak mengaku dan mereka tak tahu nak buat apa dengan orang gajinya ini.

Dalam video ni juga, walaupun dah terang-terang dia sorok duit itu orang gaji tersebut masih lagi tak mengaku. Dah terang lagi bersuluh.

Nicole berkata, tujuan dia ambil video itu adalah untuk dijadikan bukti dan memberi amaran kepada orang lain, tapi sebab orang gajinya ini tak nak bekerjasama, Nicole mungkin akan ambil tindakan ke atas orang gajinya ini.

Nasiblah, siapa suruh mencuri?

 

Baca: “Pulangkan separuh pun kami bersyukur”- Keluarga Mangsa Kemalangan Rayu Pencuri Serahkan Semula Wang RM9000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.