Di Malaysia, lesen motosikal boleh diambil seawal usia 16 tahun. Tapi, budak-budak dekat Malaysia ni advance sikit. Bukan apa, kalau korang perasan, ramai kanak-kanak terutamanya di kawasan kampung yang berani bawa motosikal walaupun tak ada lesen lagi.
Nak belajar bawa motor awal itu tak ada masalah, tapi perkara ini agak merisaukan sebab takut menggugat keselamatan diorang dan orang lain.
Motor terselit dekat pagar rumah orang
Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh pemilik akaun Hello Kelantan baru baru ini sehingga mendapat lebih 1 juta tontonan, seorang kanak-kanak lelaki dilihat terlibat dalam insiden motosikal.
https://www.tiktok.com/@hellokelantan/video/6968594319167032578?_d=secCgYIASAHKAESMgowfRa180o4fA0%2FCWKKRgxr%2BvsD2vLaxYzPDvbYUplU39SdMRh4am2WbPqN5b2%2B8oCRGgA%3D&language=en&mid=6586947002464996102&preview_pb=0®ion=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=6968594319167032578&source=h5_t×tamp=1622563336&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur itu tidak mengakibatkan apa-apa kecederaan pada diri kanak-kanak tersebut tapi motosikal yang dia bawa itu telah menghentam pagar rumah orang. Habislah…nak jawab macam mana tu.
Perkara tersebut disedari oleh pemilik rumah sebelum merakam reaksi kanak-kanak yang tengah panik dan gelabah nak keluarkan motosikal tersebut.
Siap minta tolong owner rumah
Dalam video itu, kelihatan kanak-kanak itu berusaha keras untuk tarik dan keluarkan motosikal dia daripada celahan pagar berkenaan. Tapi tarik punya tarik, tak keluar juga. Kesian juga tengok budak tu.
Bukan itu sahaja, dia siap minta tolong tuan rumah untuk tolong keluarkan motosikalnya sebelum ditegur kerana kenakalannya membawa motosikal dengan laju.
“Haaa.. bawa derah lagi.”
Kesian ada, terhibur ada
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi kanak-kanak lelaki itu sebab jelas sangat yang muka dia panik dan gelabah selepas apa yang berlaku.
Tapi, ada juga yang kesian dengan owner rumah itu sebab habis rosak pagar rumah dia.
Korang kalau bawa motor ke kereta ke, jangan la bawa laju-laju . Bahaya tau.
Sumber: Hello Kelantan