Abang Polis Umur 55 Tahun Kantoi Tengah ‘Berseronok’ Sambil Skype Dengan GF Filipina di Balai

Ish, ish, ish… buat malu anggota polis betullah! 

Baru-baru ni, seorang pegawai polis di Petaling Jaya telah ditangkap sedang beronani dengan teman wanitanya daripada Filipina melalui aplikasi Skype.

Lebih mengejutkan, anggota polis tersebut katanya sedang melakukan ‘perbuatan’ itu ketika dia memakai uniform polis dan berada di balai, lapor WORLD OF BUZZ.

 

Video onani tersebar di Whatsapp, pegawai polis mengaku tunjuk kemaluan

Video berdurasi 2 minit 23 saat itu katanya telah dirakam pada Januari 2019 lepas sekitar jam 6 petang. Kemudian ia dilaporkan telah viral di grup WhatsApp polis trafik jam 8 malam pada 14 Julai lepas.

Sumber: WOB

Apa lebih teruk, selepas disoal siasat pegawai polis itu mengaku yang dia telah menunjukkan bahagian kemaluan dan beronani dengan teman wanitanya.

Laporan daripada akhbar Cina juga memberitahu yang pegawai polis berusia 55 tahun ni rupanya sudah pun berkahwin dan mempunyai 9 orang anak. Tudiaa ramai! Tapi hanya 4 orang merupakan anak kandungnya dan lagi 5 pula anak tiri.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai kes tersebut kerana tiada laporan polis yang dibuat. Apa-apapun diharap tindakan disiplin bakal diambil kepada pegawai yang terbabit.

Haih macam-macam lah zaman sekarang! 

Baca: Polis Johor Kantoi Ambil Dadah Dalam Balai Tapi Kena Denda RM1,800 Je?

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!