Polis Johor Kantoi Ambil Dadah Dalam Balai Tapi Kena Denda RM1,800 Je?

Sebagai salah seorang anggota pihak berkuasa yang sepatutnya membanteras jenayah, sepatutnya kenalah tunjukkan contoh yang baik kepada orang lain kan?

Tapi lain pula yang berlaku di Johor, baru-baru ini seorang pegawai polis ditangkap kerana menggunakan dadah di dalam balai polis Segamat. Seriouslah buat dalam balai?

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang pegawai polis lain telah melaporkan yang rakan sekerjanya yang berusia 49 tahun telah mengambil dadah jenis amphetamines.

Insiden ini dikatakan berlaku pada 19 Mac semasa pegawai polis ini berada di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Segamat. Dia telah didakwa di mahkamah pada 12 Mei di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952. Dah lah dalam balai, dekat bahagian narkotik pulak tu. Biar betul?

Gambar Hiasan

Menerusi laporan, pegawai polis ini telah mengaku bersalah tapi merayu supaya hukumannya diringankan atas alasan dia merupakan satu-satunya pencari rezeki untuk keluarganya.

Tambah lagi, isterinya tak bekerja dan dia mengalami tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Tak cukup dengan itu, dia mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah serta perlu menanggung bapanya. Pulakkk

Bagaimanapun, penolong pendakwa raya untuk kes ini berkata, tak ada alasan untuk pegawai polis ini untuk mengambil dadah.

“Tertuduh dah bersama dengan pasukan polis lebih 20 tahun dan dia sepatutnya menjadi contoh pada masyarakat. Tapi sebaliknya, dia melakukan kesalahan yang sama. Dia sepatutnya diberikan hukuman yang berat.”

Namun akhirnya, hakim menjatuhkan hukuman denda RM1,800 dan mengarahkan dia untuk diletakkan di bawah pemerhatian selama tiga tahun. Dia akan diawasi oleh pihak polis untuk memastikan dia tak membuat kesalahan lain. Jika tertuduh gagal menjelaskan denda, dia akan dipenjarakan empat bulan.

Hukuman yang diberikan kepada pegawai polis ini telah mendatangkan kemarahan netizen. Ramai antara mereka merasakan dia dilepaskan dengan mudah.

Apa pendapat korang? Adil tak?

 

Baca: Budak 10 Tahun Kantoi Guna Duit Belanja Sekolah Untuk Beli Dadah

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson