in

80% Kluster Covid-19 di Selangor Berpunca Dari Sektor Perkilangan – MB Selangor

Ft Klusterkilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berdasarkan angka dan data terkini, sejumlah besar kes Covid-19 ketika ini berpunca daripada kluster tempat kerja. Menteri Besar Amirudin Shari berkata, kerajaan Selangor mengakui 91% kluster di negeri itu berpunca daripada pekerjaan iaitu 80% kluster perkilangan dan 11% kluster tapak binaan.



Menurut FMT, setakat ini sebanyak 125 kluster dicatatkan daripada dua sektor dinyatakan. Sehubungan itu kerajaan negeri menyediakan dua juta dos vaksin bersamaan satu juta termasuk pekerja asing sebagai usaha melindungi semua daripada penularan Covid-19.

Dengan memberikan vaksin kepada pekerja kilang dan industri, kita dapat mengawal dan mengurangkan kadar perebakan Covid-19, secara tidak langsung akan melindungi kita semua.”

Kluster1

Bagaimanapun, kata Amirudin SelVAX Industri hanya terbuka kepada syarikat dan tidak dijual kepada individu. Usaha SelVAX Industri melengkapkan inisiatif Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di peringkat Pusat mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Antara syarikat besar dan GLC gergasi yang menyertai program ini adalah:

  • Pasar raya 99 Speed Mart
  • Ernst & Young
  • Telekom Malaysia
  • Touch n Go
  • EcoWorld
  • Tropicana

Vaksin

Syarikat yang mengambil bahagian dalam SelVAX ini juga tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang kos ke atas pekerja mereka. Perkara itu termaktub dalam perjanjian dan borang ‘consent form’ justeru tindakan undang-undang boleh diambil kepada majikan yang mengenakan caj bayaran kepada pekerja mereka.

Dengan pelaksanaan SelVAX ini dan tambahan bekalan vaksin dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dijangka jumlah suntikan vaksin akan meningkat ke 135,000 dos pada Julai dan 165,000 dos vaksin pada Ogos.”

Program SelVAX hanya dapat berjaya dengan kerjasama semua. Pelaksanaan program ini diharapkan akan mempercepatkan peralihan keluar daripada keadaan meruncing sekarang.”

Program Vaksin Selangor (SelVAX) adalah usaha kerajaan negeri mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenalpasti kumpulan sasaran (SelVAX Komuniti) serta memelihara pekerja (SelVAX Industri).

Baca: Trend Kes Menurun Bakal Berubah, Data Terbaru Beri Bayangan Kes COVID 19 di Malaysia Bakal Meningkat?

Kadar Kebolehjangkitan Covid Naik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.