in

Bos Atau Majikan Di Selangor, Kini Boleh Belikan Vaksin Untuk Staf Masing-masing

Cats 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seronok betul min bila buka media sosial, hampir hari-hari akan sentiasa ada kenalan yang update pengalaman serta kesan sampingan akibat suntikan vaksin Astra Zeneca. Rata-rata perkongsian kawan-kawan min pun pada awalnya diorang kongsikan yang tangan akan menjadi lenguh, demam dan keadaan tersebut akan beransur pulih memasuki hari berikutnya.

553 2

Untuk korang yang bekerja di Selangor dan mungkin terlepas untuk mendaftar tempoh hari, kerajaan Selangor semalam telah ‘membuka’ semula peluang untuk korang mendapatkan vaksin melalui syarikat.


Menurut laporan The Star, majikan di Selangor kini boleh membeli vaksin kepada pekerja-pekerja melalui program Selangkah Vax yang boleh didapati dalam aplikasi SELangkah.

Cara pendaftaran pun nampak tak leceh, hanya perlu ikut arahan yang disediakan dan berikut adalah flow proses pendaftaran sehingga selesai.

Vaksin Selangor

Pendaftaran

  • Majikan perlu mendaftar minat mereka melalui SELANGKAH Vax 
  • Majikan perlu isi dan nyatakan jumlah vaksin yang ingin dibeli.

Pengesahan Tempahan

  • Invois akan dikeluarkan oleh klinik panel SELCare dalam masa 24-jam.
  • Deposit 50% perlu dibuat untuk mengesahkan tempahan.

Bayaran Baki

  • Baki bayaran perlu dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pemberian vaksin.
  • Pekerja perlu mengisi butiran peribadi dalam aplikasi SELANGKAH.

Tetapan Temujanji

  • Tarikh temujanji akan ditetapkan selepas bayaran deposit diterima.
  • Masa,tarikh dan lokasi pemberian vaksin akan diberikan.
  • Lokasi pemberian vaksin sama ada dipejabat atau di klinik panel yang dilantik.

Terima Dos Pertama

  • Pasukan khas pemberi vaksin akan dihantar ke pejabat untuk memberikan suntikan pertama.
  • Sekiranya pekerja adalah kurang dari 1500 orang, mereka akan diminta ke klinik panel.
  • Tarikh vaksinasi kedua akan diberikan.

Terima Dos Kedua

  • Sama seperti dos pertama, pasukan khas pemberi vaksin akan dihantar ke pejabat untuk memberikan suntikan pertama.
  • atau pekerja akan diminta untuk ke klinik panel bagi pekerja yang kurang dari 1500 orang.
  • Sijil suntikan vaksin akan diberikan melalui aplikasi atau laman web SELANGKAH.

Pemantauan

  • Mereka yang menerima vaksin boleh melaporkan sebarang tidakbalas atau kesan sampingan vaksin melalui aplikasi atau laman web SELANGKAH.

Dari maklumat yang kami perolehi setelah hubungi talian hotline SELANGKAH Vax, jenis vaksin yang akan digunakan adalah Sinovac, dan anggaran harga sekitar RM400 untuk seorang bagi kedua-dua suntikan.

Sumber : The Star, Selangkah Vax

Baca : Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung” – KJ

Image 2021 05 18 171948

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.