in

“Tak wajar letakkan kesalahan pada sektor ekonomi” – Azmin Ali Komen Isu Kenaikan Kes Harian

Fi Aa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan, kita sedar terdapat sedikit penurunan kes harian namun angka ditunjukkan masih di tahap merisaukan. Difahamkan juga, sektor pembuatan dan pengilangan menyumbang kepada lima hingga 10 peratus kes positif di negara ini.



Menurut Datuk Seri Azmin Ali yang juga merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebahagian besar kes positif membabitkan komuniti jika diikutkan pada data oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Aa 1

 

Selain itu, beliau menyifatkan bahawa peningkatan kes harian ini tak seharusnya disalahkan sepenuhnya pada sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi ketika ini.

“Mengikut statistik dan data yang diumumkan KKM, 75 peratus kes positif bersifat sporadik yang mana virus kini dalam komuniti dan hanya 25 peratus sahaja dari pelbagai bentuk kluster termasuk tempat kerja.

“Kes positif membabitkan sektor perkilangan dan pembuatan adalah antara lima hingga 10 peratus sahaja jadi tidak benar untuk meletakkan kesalahan pada sektor ekonomi khususnya pembuatan,”

Azmin berkata demikian selepas ditanya mengenai desakan pelbagai pihak yang nak sektor perkilangan ni ditutup lepas peningkatan kes melibatkan kluster di tempat kerja

Tambahnya lagi, pihaknya dah jangka kebarangkalian akan ada kes positif di selepas beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi menurut Berita Harian.

“Bagaimanapun, sektor perkhidmatan perlu (essential goods and services) dibenarkan untuk melindungi dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat, khususnya Malaysia sebagai sebuah negara yang terbabit dalam rantaian bekalan global,” katanya.

Seterusnya beliau meminta kepada pihak majikan untuk memastikan pematuhan SOP, di samping meningkatkan ujian saringan secara berkala terutamanya untuk mengesan kes positif tanpa gejala yang sedang berlaku.

Beliau berkata pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imuninasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di Setia City Convention Centre (SCCC).

Sebagai tambahan, sehingga semalam saja seramai 669,846 pekerja dari 4,537 syarikat di seluruh negara dah mendaftar di PIKAS sejak dilaksanakan pada 16 Jun lalu.

Daripada jumlah keseluruhan itu juga, seramai 16,564 pekerja sektor pembuatan di tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Johor sudah mendapat suntikan vaksin sehingga semalam (27 Jun).

 

Baca : 6 Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan – MITI

Foot Aa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.