in

“98 peratus dah terima 1 dos vaksin” – Selangor Dijangka Masuk Fasa 2 PPN September Ini

Selangor Fasa 2 Ppn Feat Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari memberi bayangan bahawa negeri Selangor bakal memasuki ke Fasa Dua, Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang September nanti.


Difahamkan, kenyataan tersebut dibuat oleh menteri besar berikutan perkembangan terkini kadar vaksinasi Selangor bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) serta statistik yang ditunjukkan oleh aplikasi MySejahtera yang menunjukkan penerima dos pertama vaksinasi di negeri berkenaan telah mencapai 98 peratus.

Selain itu, peningkatan tersebut juga difahamkan berlaku kerana terdapat juga warga Selangor yang sudah mengambil suntikan berkenaan di pusat pemberian vaksin (PPV) di luar daripada Selangor. Sebagai contoh, vaksin AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Vaksinastrazeneca

Tambah Amirudin, setelah kemaskini dilakukan pada aplikasi MySejahtera, jumlah penerima vaksin sebenarnya adalah 98 peratus manakala jumlah 80 peratus yang diumumkan tempoh hari hanyalah berdasarkan pusat pemberian vaksin di Selangor.

“Kita telah cecah 98% pemberian dos vaksin pertama, dengan angka tersebut kita yakin menjelang September nanti, bila-bila masa Selangor akan memasuki Fasa Dua” 

Selain jumlah pemberian vaksin tersebut, dilaporkan juga bahawa kemasukan ke hospital bagi kes-kes kritikal telah mencatatkan penurunan secara signifikan terutamanya di Hospital Klang dan Hospital Sungai Buloh bagi pesakit Covid-19 tahap pertama, kedua dan ketiga.

Mereka ini merupakan kumpulan komorbid selain berumur antara 40 tahun hingga 60 tahun, tambah menteri besar berkenaan dalam satu sidang media maya yang diadakan semalam.

Menjawab soalan tentang penerimaan dos kedua pula, Amirudin berkata jumlah sebenar sedang dimuktamadkan dengan CITF. Namun, menurut data yang ada di PPV di Selangor, ia menunjukkan sejumlah 56 peratus orang dewasa telah mendapat suntikan dos kedua dan dijangkakan ianya akan meningkat ke 60 peratus pada penghujung Ogos.

Kalau dah ke Fasa Dua nanti, harap rakyat Selangor kekal jaga SOP lah ye, susah payah kita nak ‘naik pangkat’ ni. 

Baca : “Salam dine-in dari Perlis” – Kongsi Gambar Dine-In Di Restoran, Ramai Jealous Perlis Kini Fasa 3 PPN

Dine In Perlis Ft Image

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.