in

8 Filem Seram Indonesia Yang Diadaptasi Dari Kisah Sebenar!

Page Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem seram dari negara Indonesia memang best, releven dan relatable dengan rakyat Malaysia. Mana taknya kita dan mereka sama je budaya dan fahaman. Lagi-lagi bila hal-hal hantu seram-seram ni kan.


Sekarang ada macam-macam cerita seram yang ditayangkan tapi korang tau tak ada cerita seram Indonesia yang sebenarnya berdasarkan kisah sebenar? Ini 8 filem Indonesia yang diadaptasi dari kisah sebenar.

 

1. Hantu Jeruk Purut (2006 & 2017)

H1 1
sumber: blog

Filem ni dah pernah ditayangkan pada tahun 2006 yang kemudian ada remake pada tahun 2017. Cerita ni pasal seorang novelist yang ditemui lepas pergi ke tanah perkuburan Jeruk Purut. So, kawan dia, Airin, pun pergi melawat tanah perkuburan tu sebab nak siasat dan nak jumpa dengan hantu pastor yang berada di situ. Lepas tu, orang sekeliling Airin mula ditimpa kemalangan misteri.

Cerita ni berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh penjaga kubur. Dia akui pernah melihat hantu pastur tanpa kepala memegang kepalanya dan berjalan diikuti dengan seekor anjing hitam. Menurut sumber, kejadian ni dah berlaku pada 1986. Dikatakan kalau nak lihat hantu ni, kena datang ke perkuburan Jeruk Purut bersama kawan dengan bilangan ganjil.

 

2. Rumah Pondok Indah (2006)

H2 3
sumber: blog

Filem ini dah ditayangkan pada tahun 2006 yang mengisahkan tentang sebuah patung misteri yang berada di sebuah rumah mewah milik seorang pengukir terkenal. Patung ni saiz sama macam manusia dan di mana-mana patung ni ada mesti benda buruk akan jadi dekat penghuni rumah.

Kawasan Pondok Indah di Jakarta terkenal sebagai kawasan elit dan ada satu rumah yang terkenal paling berhantu dalam kalangan masyarakat di Jakarta. Rumah nombor 83 ni start jadi keras pada tahun 1983 lepas tiga penghuni rumah ni dibelasah sampai mati oleh perompak dan masyarakat di sana mula percaya rumah tu dihuni oleh roh yang tak tenang.

 

3. Terowongan Casablanca (2007)

H3 2
sumber: imdb

Filem ni ditayangkan pada tahun 2007 yang menceritakan tentang sepasang kekasih, Refa dan Astari. Astari disahkan mengandung dan Refa membawa wanita itu ke Terowong Casablanca untuk memaksanya menggugurkan kandungan tu. Astari cuba larikan diri dan Refa berjaya menangkapnya dan tanam girlfriendnya hidup-hidup. Lepas tu Astari menjelma sebagai Kuntilanak untuk balas dendam.

Terowong Casablanca di Jakarta memang dah terkenal sebagai terowong yang berhantu sebab ramai yang pernah mengalami perkara mistik bila menggunakan terowong tersebut. Kawasan tu jadi berhantu sebab sebelum dijadikan terowong, ia sebenarnya ialah kawasan perkuburan.

 

4. Rumah Kentang (2012)

H4 3
sumber: blog

Rumah Kentang dah ditayangkan pada tahun 2012 yang mengisarkan tentang dua beradik yang dah kematian ibu. Sebelum ibu mereka meninggal, dia dah jual rumah sebab nak biayai pelajaran anak-anaknya dan sekarang adik beradik ni dah takde duit nak bayar sewa rumah. Bila nak jual, rumah tak laku sebabkan rumours kata rumah tu ada hantu budak kecil.

Filem ini berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh penduduk sekeliling yang memberitahu rumah tersebut didiami roh selepas seorang budak terjatuh dalam kuali yang sedang digunakan untuk rebus kentang. Yang peliknya sampai sekarang tak tahu budak tu kat mana. Sesi penggambaran telah dibuat dekat rumah yang sama kejadian tu jadi dan pelakon utama bagitahu dia selalu rasa ada sesuatu dalam rumah tu, lampu shooting selalu mati dan macam-macam lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=E1S5imqd-Uo

 

5. Rumah Gurita (2014)

H5 3
sumber: imdb

Filem ni dah tayang pada tahun 2014 yang menceritakan pasal Selina yang mempunyai sixth sense dan sering ditakuti oleh orang ramai. Selina kemudian berpindah ke Bandung dan tinggal di rumah tinggalan parentsnya. Rumah tu memang dipanggil rumah Gurita sebab ada patung sotong kurita yang besar dekat atap dan ada kehadiran ‘sesuatu’ di rumah tersebut bersama Selina.

4. Rumah Gurita
sumber: blog

Turut diadaptasi daripada kisah benar, rumah tersebut dikatakan berhantu dan ada aura negatif kerana cat rumah sering tercabut dan tembok rumah terdapat lumut kering. Dikatakan rumah tu turut menjadi pemujaan syaitan dan ajaran sesat namun kesahihannya tak dapat dipastikan.

https://www.youtube.com/watch?v=3o5NdPqOs8M

 

 

6. Danur (2017)

Danur
sumber: blog

Filem Danur ada siri sebenarnya dan dah ditayangkan pada tahun 2017. Danur berkisahkan tentang sorang kanak-kanak yang lonely sebab mak dia busy jaga nenek yang sakit. So, masa birthday, dia wish nak ada kawan. Lepas dia tiup lilin je, dia dengar suara budak menyanyi dan ditemani tiga orang anak lelaki Belanda yang sebenarnya hantu!

Filem ini diadaptasi dari Novel Ferbang Dialog Danur di mana penulis cerita tu sendiri yang mengalami benda-benda macam ni dan berkawan dengan makhluk halus sejak kecil. Even lagu Boneka Abadi yang dinyanyikan dalam filem ni pun merupakan lagu untuk memanggil rakan-rakan makhluk halus sampai pelakon utama tak boleh tidur malam kalau tak peluk al-Quran.

 

7. Ruqyah : The Exorcism (2017)

H8 1
sumber: blog

Baru ditayangkan pada tahun lepas, filem ni berkisahkan tentang Mahisa yang menolong seorang pelakon iaitu Asha yang diganggu makhluk halus. Mula-mula Mahisa tak percaya tapi lepas macam-macam kejadian aneh yang berlaku, last-last dia sure yang Asha ni dah dirasuk dengan benda tu. So, Mahisa dengan pertolongan ustaz cuba nak baikkan Asha.

Filem ni memang dapat sambutan sebab dikatakan berdasarkan kisah yang benar-benar berlaku dekat seorang artis di Jakarta. Bila dah tau mengenai kisah ni, mereka mula menulis filem ini dan menjadikan ia sebagai filem. Ia juga ada kena mengena dengan ‘susuk’ yang tak asing lagi dalam masyarakat Indonesia.

 

8. Mata Batin (2017)

H9 1
sumber: blog

Mata Batin dah mula ditayangkan pada tahun 2017 tapi baru jugak ditayangkan kat Malaysia. Cerita ni pasal dua beradik Alia dan Abel yang telah kehilangan parents. Mereka juga terpaksa berpindah ke rumah lain. Sejak pindah, Abel ni bersikap pelik sikit sebab dia kata dia boleh nampak benda-benda yang ada dalam rumah tu. Ah sudahhhh…

Mata Batin dikatakan berasal dari kisah benar tentang kelebihan yang diberikan kepada sesetengah orang yang boleh melihat dunia ghaib. Ada yang dilahirkan dengan anugerah ni dan ada juga yang meminta kerana ingin tahu tentang dunia yang didiami roh-roh ni. So, kiranya cerita ni akan membawa korang tentang kehidupan orang yang ada mata batin ni.

https://www.youtube.com/watch?v=0g2C7kU-Vu0

Perghhh! Meremang beb bila tahu yang movie-movie ni sebenarnya diadaptasi dari kisah sebenar! Tajuk je macam pelik-pelik tapi sebenarnya kalau korang tengok, boleh tak tidur malam. So, apa tunggu lagi? Pergi marathon filem-filem ni!

Syok jugak kalau dapat tengok Mata Batin kat cinema.

Baca: Siccin: 6 Fakta Filem Seram Inspirasi Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Kena Kacau

Page Succin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.