in

7 Makanan Halal Cina Jarang Didengar Yang Orang Melayu Patut Cuba di Lembah Klang!

Chinese

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang rakyat yang tinggal di negara yang berbilang kaum, korang mesti pernah cuba makanan dari kaum yang lain kan? Malah ramai antara kita sekarang gemar makan makanan Cina macam Yong Tau Fu, Dim Sum, Mi Hokkien dan Yee Mee yang memang ke’halal’annya tak perlu lagi diragui.


Tapi tahukah korang yang makanan disenaraikan kat atas tu biasa-biasa je dan ada makanan Cina lain yang korang boleh cuba di kedai-kedai lain yang terjamin halal. Berikut kami senaraikan 7 makanan halal cina jarang didengar yang orang Melayu patut cuba. 

 

1. Ayam Bakar Masin (Yim Guk Gai)

Inilah makanan warisan Hakka yang ibu-ibu berbangsa Cina suka masakkan buat anak-anak mereka bernama Yim Guk Gai ataupun ayam bakar masin. Cara masaknya dikatakan sangat unik iaitu dengan membungkus ayam tersebut yang dah digaulkan dengan garam, gula, cuka, potongan bawang dan minyak sebelum dibakar selama setengah jam.

Apabila bungkusnya dibuka, korang akan lihat ayam tadi bersalut dengan pati ayam masin dan isi ayamnya pulak dengan mudah terkopek dari tulang. Best doh! Halal version Yim Guk Gai ni ialah dengan tidak mencampurkan ayam bersama arak Cina.

Sumber: peppers-love

Bunyi macam sedap kan? Nak cuba, korang boleh ke kedai seperti di bawah:

Restoran Chef Kit’s Salt Baked Chicken 

No. 25, Jalan SS21/56B, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, 
*restoran ni pork free dan mempunyai ramai pelanggan Melayu 

 

2. Lao Sha Bao 

Sumber: kenhphunu.com

Bagi mereka yang minat apa-apa makanan dengan telur masin, korang kena cuba Lao Sha Bao ni. Basically ia adalah roti ataupun pau yang mengandungi telur masin di dalamnya. Bila korang gigit kuih ni, telur masin akan melimpah-limpah jatuh ke dalam mulut korang. Emm sedap kan?

Gif

Untuk merasa Lao Sha Bao versi halal, korang boleh je ke mana-mana kedai dim sum yang halal ataupun kami recommend korang ke sini:

Maju Place 

Level 5, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. 

Berbaloi-baloi makan dimsum di sana! 

 

3. Chee Cheong Fun

Sumber: Rasa Malaysia

Makanan terkenal di kalangan masyarakat Cina ni sekarang boleh dikatakan agak komersial jugak di kalangan orang Melayu walaupun ramai yang belum pernah cuba. Sebenarnya chee cheong fun mempunyai maksud yang ‘haram’ iaitu usus khinzir sebab cara gulungan dohnya yang macam bentuk usus haiwan tersebut.

TETAPI chee cheong fun versi halal ni memang betul-betul halal makanannya sebab isinya kosong (tak ada contain benda haram) dan kadang-kadang ia mengandungi inti udang. Ia dihidangkan dengan kuah rojak atau sambal tumis (Malay version). Sedap tauu kalau korang cuba. Selalunya orang makan ni dengan Yong Tau Fu.

Kalau korang nak cuba, kami suggest anda ke restoran di KL:

Village Park Restaurant 

No 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor. 

Ramai yang cakap chee cheong fun kat sini sedapp! 

 

4. Nian Gao Goreng 

Pernah dengar kuih bakul? Haa kalau Tahun Baru Cina kuih ni lah paling femes dan kalau korang ada jiran bangsa Cina, mesti dorang bagi on first day of CNY kan. Nian gao goreng ni sebenarnya lebih kurang macam kuih bakul biasa tu cuma yang bezanya ialah kuih bakul ni dikapit antara ubi keledek dan keladi, kemudian digoreng jadi crispy. Bukan rendang crispy eh! 

Rasanya memang sedap sebab rasa macam korang makan ubi keledek dan keladi berinti pulak. Lagipun ‘nian gao’ ini mengandungi gelatin, melekit dan kenyal!  Memang sedap giler! Bagi yang nak mencuba, kami suggest korang ke kedai seperti di bawah ni:

Special Recipe – Wisma Goldhill 

Level SL, Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. 

 

5. Pisang Goreng Cina

Korang pernah dengar pisang goreng cina? Haa bagi yang tak tahu, pisang goreng cina ni lain sikit dari style pisang goreng yang kita selalu makan. Biasanya orang Melayu akan potong separuh pisang tapi pisang goreng cina guna seluruh isi pisang dan selalunya menggunakan pisang Raja untuk menyediakannya. Katanya, kalau guna seluruh isi pisang, pisang yang digoreng tu akan jadi lebih rangup. Nyam! Nyam!

Bagi yang nak mencuba korang bolehlah ke Gerai Uncle Chiam di Brickfields seperti di bawah:

Mr Chiam’s Pisang Goreng 

Bertentangan YMCA, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. 

*Kedai ini pork free (nian gao goreng yang kami listkan kat atas pun ada tau!)

 

6. Lui Cha 

Makanan yang berasal daripada kaum Hakka ni memang unik dan sangat bersederhana. Lui Cha mengandungi kombinasi beberapa makanan berkhasiat seperti kacang goreng, kacang panjang yang dipotong kecil-kecil, tauhu, kacang hitam dan macam-macam lagi yang digaulkan sekali dengan nasi. Lui Cha ini datang bersama kuah green tea yang dicampur dengan basil, kacang dan kacang sesame. Unik kan? Korang boleh pilih untuk tuangkan ‘sup’ dalam campuran ni atau celup sedikit demi sedikit setiap kali korang suap.   

Makanan ni gerenti halal sebab tak ada barang terlarang dan ia sangat menyihatkan. Bagi yang nak mencuba, korang boleh ke mana-mana francais restoran Simple Life yang terletak di sekitar Lembah Klang.

Klik sini untuk lihat senarai lokasi. 

 

7. Dragon’s Beard Candy

Sumber: carnivalmunchies

Dragon’s beard candy ataupun gula-gula kapas Cina ni ialah kuih tradisional Cina yang memerlukan skill hebat bagi pembuatnya untuk menyediakan kuih ni. Bukan senang tau nak menggulung satu persatu doh gula sehingga jadi bebenang lembut yang nipis. Tengok video bawah ni:

Isinya memang purely halal sebab hanya contain gula, kacang, kelapa, kacang sesame, tepung beras dan sirap jagung. Mungkin korang jarang nak perasan kuih ni dijual kat kedai-kedai. Untuk mendapatkannya mudah je, layari laman web Jonus Tasty Candy untuk beli secara online atau boleh pergi ke kedainya seperti alamat di bawah:

Jonus Tasty Candy

24, Jalan P2/14, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor. 

So macam mana? Dah bersedia nak cuba makanan baru? Perut admin dah bergendang lapar ni. Jom kita cuba makanan halal Cina yang menarik ni.

Baca: 7 Port Ikan Bakar Keliling Malaysia Yang Korang Wajib Try! 

H 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.