in

7 Port Ikan Bakar Keliling Malaysia Yang Korang Wajib Try!

Ikan Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ikan bakar kalau cicah air asam memang sedap tak terkira. Lagi-lagi kalau dimakan sekali dengan nasi putih panas-panas dan ulam ulaman. Perghhhh memang terangkat!


Setiap orang mesti ada kedai kegemaran masing-masing tiap kali nak makan ikan bakar, tapi apa salahnya sekali sekala cuba something new kan? Nah kitorang belanja 7 port makan ikan bakar dekat seluruh negara korang WAJIB try!

 

1. Gerai Seri Menanti Kuala Lumpur

Kalau korang memang duduk KL, confirm tahu tempat ni! Mana lagi kalau bukan di Jalan Bellamy. Di sini, khususnya Gerai Seri Menanti ni, korang akan tengok betapa mereka tak kedekut perap dan salut ikan-ikan sebelum dibakar. Tips nak datang try makan sini adalah kena datang awal. Kalau datang pukul 2-3 petang selalunya waktu tu dah tinggal daun pisang kosong je! Bukan takat ikan, sotong bakar pun adooooo.

Bakar2
sumber: facebook
Bakar1
sumber: facebook

Alamat: Jalan Bellamy, off Jalan Istana, Bukit Petaling, Kuala Lumpur.
No. Telefon: 011-32324123

 

2. Aroma Ikan Bakar, Selangor

Aroma Ikan Bakar di Pantai Jeram ni memang famous dan sering diserbu orang ramai yang datang ke Kuala Selangor. Kalau taknak kecewa, make sure korang call atau mesej dulu untuk buat reservation sebab tempat ni selalu penuh.

Bakar3
sumber: blog
Ikan 3
sumber: explorasa

Alamat: Lot 7191, Jalan Jati Pantai Jeram, Jeram, Kuala Selangor
No. Telefon: 017-3163117 atau 019-2084452

 

3. Ana Ikan Bakar Petai, Pahang

Trip Advisor pun recommend kedai Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur ni. Ramai pelanggan yang setuju makan dekat sini berbaloi, servis pun tip top. Special nya kedai ni sebab dorang letak petai dalam sajian ikan bakar yang korang pilih. Bersedialah untuk toilet bau petai haha!

Bakar5
sumber: instagram
Ikan 2
sumber: blog

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang
No. Telefon: 019-9878155

 

4. Restoran Ikan Bakat Tasik Raban, Perak

Mendapat empat bintang di Trip Advisor, ini restoran ikan bakar yang sure korang kena pergi dan try kalau ada di kawasan Lenggong, Perak. Dorang pun sediakan macam-macam jenis ikan seperti tilapia, siakap, kaloi, patin dan sebarau. Korang akan dihidangkan sekali dengan ulam ulaman, cicah air asam tu fuhhhh memang sodap!

Bakar7
sumber: blog
Bakar9
sumber: blog

Alamat: TK 19, Kg Kota Tampan, 33400 Lenggong, Perak
No. Tel: 019-5215657 atau 013-5978100

 

5. Restoran Ikan Bakar Parameswara, Melaka

Restoran yang terletak di Ayer Molek, Melaka ni pun disyorkan di Trip Advisor sebab sajian ikan bakar dorang memang sedap! Orang kata, cara dorang bakar ikan berbeza daripada kedai-kedai lain yang jual ikan bakar. Apa yang lain? Nak tau kenalah pergi try!

Ikan 6
sumber: trip advisor
Bakar11
sumber: blog

Alamat: KM12, Jalan Pengkalan, Pulau Besar, 75460 Ayer Molek, Melaka
No. Telefon: 012-6913501

 

6. Juara Ikan Bakar Perupok, Kelantan

Kedai ni terletak di Kota Bharu dan di sini, sajian ikan bakar berempah adalah menu utama. Bukan tu je, mereka ada juga masakan ala Thai selain mempunyai banyak pilihan pencicah iaitu air asam, sambal belacan, tempoyak dan budu. Best tuuuu!

Bakar12
sumber: foursquare
Bakar13
sumber: foursquare

Alamat: Lot 3017, hadapan Balai Polis Kubang Kerian, Jalan Pasir Puteh, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
No. Telefon: 010-5545361

 

7. Gerai Makan Dataran Todak, Sabah

Sabah memang terkenal dengan hasil lautan segar sampai kan orang Semenanjung pun sanggup terbang ke sana semata-mata nak try seafood fresh. Dataran Todak di Kota Kinabalu ni memang patut jadi destinasi korang untuk makan seafood kalau melancong ke Sabah.

Bakar14
sumber: instagram
Bakar15
sumber: blog

Alamat: Dataran Ikan Todak, Kota Kinabalu, Sabah

Semua kedai kami senaraikan ni memang bukan calang-calang sebab selain pengunjung, Trip Advisor pun recommend. So korang tunggu apa lagi?

Baca: 7 Kedai nasi Kak Wok Buat Anda Tak Sabar Nak Makan Tengah Hari

1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.