in

“7 bulan tak balik kampung” – Ketetapan Rentas Negeri Diumum Hari Ini, Netizen Bimbang Tak Dapat Pulang Raya

Rentas Negari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan daripada peningkatan kes harian COVID-19 di Malaysia kepada dua angka, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk mengetatkan semula SOP yang dilonggarkan sebelum ini, lapor Astro AWANI.


Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya pada 25 Julai lepas. Tambah beliau lagi, ketetapan aktiviti rentas negeri dan SOP sambutan perayaan Aidiladha juga akan diumumkan pada hari ini. 

Perubahan dari segi SOP dan pengumuman yang bakal diumumkan pada hari ini sekaligus telah menimbulkan keresahan di hati netizen yang sudah mula membuat persiapan pulang ke kampung bersempena Hari Raya Aidiladha tak lama lagi.

Antaranya seperti yang dikongsikan Facebook Page Penang Kini yang kat bawah. Aduh sedihnya kalau tak dapat pulang ke kampung! 

Rentas Negeri akan diumumkan esokTolong la patuhi arahan & SOP kecian kepada orang yang lain mematuhi arahan tetapi…

Posted by Penang Kini on Ahad, 26 Julai 2020

 

“7 bulan dah tak balik kampung woii… ingat raya haji boleh jumpa mak ayah”

Rata-rata daripada netizen meluahkan rasa sedih mereka kalau PKP dilaksanakan semula semasa Hari Raya Aidilfitri lepas. Aduh dah lah lama tak jumpa parents kan… 

Sedih 1

Sama-samalah kita nantikan pengumuman hari ini dengan hati yang tabah. 

Baca: “Saya merayu kepada rakyat supaya patuh kepada SOP” – Dr Noor Hisham Jangka Kes Covid-19 Akan Naik Mendadak

Ramalan

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.