in

63 Pelajar Disaman Lepas ‘Celebrate’ Habis Peperiksaan SPM Atas Jalan

Saman3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terlalu ghairah nak raikan tamat peperiksaan, kesemua 63 calon calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini bertindak untuk ‘berpesta’ di atas jalan sebelum disaman semalam.


Dalam kejadian jam 3 petang di Jalan Pantai Puteri dan Dataran Klebang itu, kesemua mereka yang berusia 18 tahun disaman dalam Op Khas (Pengubahsuaian ekzos dan pemantauan calon SPM), lapor Sinar Harian.

 

Kena 92 saman 

989988

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebanyak 92 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Pol 257.

Tambahnya, daripada jumlah itu, 21 kes didapati tidak mempamerkan lesen P dan L, 17 kes membabitkan aksesori tidak sempurna dan ubahsuai ekzos enam kes.

“Polis turut menyita 14 buah motosikal pelbagai jenis. Kejadian ini pernah berlaku pada 2019 dan kami memang bersedia melakukan pemantauan di lokasi sasaran sebelum mengesan kumpulan pelajar terbabit.” 

Saman

Malah Hassan Basri juga mengulas bahawa, 5 saman telah dikeluarkan masing-masing bagi kesalahan ubah suai struktur atau peralatan, tidak memakai topi keledar dan tiada nombor pendaftaran.

“3 lagi saman dikeluarkan bagi setiap kesalahan tiada lesen, nombor plat tidak mengikut pendaftaran, tiada perlindungan insurans, brek tidak berfungsi, nombor fancy, tiada cermin sisi dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh,” katanya.

Dalam operasi itu, 3 saman turut dikeluarkan kepada penunggang motosikal berusia 16 tahun ke bawah dan 6 saman kepada penunggang 17 tahun ke bawah selain satu atas kesalahan membenarkan penunggang tanpa lesen.

 

Baca : “Management buat undang-undang sendiri” -Kanak-Kanak Umur 1 Tahun Disaman Pihak Pengurusan Kondo Kerana Tak Pakai Mask

Saman2

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.