Budak Lepasan SPM Confirm Dah Buat 5 Perkara Ni Sebelum Nak Masuk U

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



SPM ni antara exam penting yang semua pelajar sekolah kebangsaan kena ambil. Masa minggu exam ni semua student banyak buat pengorbanan. Habis segala macam benda lagha ditinggalkan semata-mata nak fokus kepada exam penting ni.

So, bila habis SPM je, happy weh. Lega gila! Memang merdeka habis! Masa ni lah plan nak buat semua benda. Budak lepasan SPM confirm dah buat 5 perkara ni sebelum nak masuk u.

1. Qada’ tidur

Masa nak exam, memang kurang tidur weh! Punya lah pulun belajar. Pagi, petang, siang, malam dok study je kan. Belajar ke? Haha! Setiap hari tidur lambat, bangun awal, sebab tak cukup time lah nak study kalau asyik tidur je. So, bila dah merdeka, korang pun yahooooo! Ni lah masa nak qada’ tidur. Dok kat rumah, pukul 12 tengah hari pun belum tentu dah bangun.

Gambar hiasan

 

2. Keluar dengan kawan-kawan

Mak ayah kita, masa time nak SPM, mesti jadi extra strict. Semua benda tak boleh buat weh! Nak keluar rumah jumpa kawan pun tak kasi. Bukan takat tu je, around that time, family pun takde keluar pergi jalan mana-mana. Weekend je korang mesti kena duduk kat rumah belajar. Tak pun mak ayah korang paksa pergi tuisyen. Tapi bila habis je SPM, ni lah masa nak lepak dengan kawan-kawan. Yeaahhhhh!

Sumber: Blog

 

3. 24 jam layan internet

Internet ni dikira benda lagha lah kan. So, memang pantang nak SPM guna internet lagi-lagi kalau nak buka media sosial, YouTube dan benda-benda lain yang sewaktu dengannya. Kalau yang duduk asrama memang tak dapatlah benda-benda ni. Lepas habis SPM, korang pun lepaskan gian nak guna internet. Dari pagi sampai malam korang je lah yang conquer komputer kat rumah tak pun pergi CC dengan kawan-kawan.

Gambar hiasan

 

4. Cari kerja

Lepas SPM, biasanya ada yang akan mula cari kerja. Nak tambah duit poket lah katakan. Lagipun, kawan-kawan lain pergi kerja jugak apa. So, korang pun nak jugak. Antara kerja yang tipikal budak lepasan SPM buat, of course lah jadi jaga cashier kat kedai atau supermarket takpun jadi promoter atau jadi waiter restoran.

Sumber: Blog

 

5. Start cari course

Bila dah nak dekat-dekat keluar result, student lepasan SPM ni barulah ada kesedaran nak tengok-tengok course apa yang wujud. Barulah korang nak gelabah plan future lepas ni nak masuk mana bagai. Time ni lah korang rasa stress sikit, sebab rupanya ada banyak course yang ada tapi korang tak pernah dengar selama ni. Nasib baik ada Education Fair!

Gambar hiasan

Lepas SPM memang honeymoon habis wehh! Masa ni lah konon nak buat itu ini tapi nanti last-last macam takdelah buat apa sangat pun. Lepastu masa pulak cepat je jalan. Tetiba, eh, dah nak keluar result tapi banyak lagi benda yang belum korang buat.

Good luck ye Budak-budak lepasan SPM!

Baca: 11 Perkara Korang Confirm Rindu Bila Teringatkan Zaman Sekolah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.