in

5 Game Telefon Bimbit Kegilaan Kita Dahulu, Budak 90-an Mesti Pernah Main!

Cover 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harus diakui, telefon pintar bukan lagi tergolong dalam kategori kehendak, tetapi keperluan buat kita semua. Mana tidaknya, hampir kesemua urusan harian perlu dilakukan menerusi telefon pintar. Nak masuk pusat beli-belah pun kena imbas MySejahtera!


Meskipun pada zaman dahulu fungsi telefon bimbit hanya terhad kepada membuat panggilan telefon dan menghantar mesej, permainan video yang sudah tersedia di dalam telefon menjadi peneman buat kanak-kanak pada ketika itu.

Jika kanak-kanak pada zaman sekarang gemar bermain permainan video seperti PUBG, Pokemon Go dan Mobile Legends, kanak-kanak pada zaman dahulu ada permainan video mereka yang tersendiri yang cukup gah pada ketika itu.

Untuk itu, berikut adalah permainan video dalam telefon bimbit yang popular pada zaman dahulu. Khas buat mereka yang lahir pada tahun 90-an!

1. Space Impact

1 19

Mereka yang pernah memiliki telefon Nokia 3310 dan seangkatan dengannya pasti pernah bermain permainan video legenda ini.

Permainan ini mudah sahaja, pemain perlu mengawal kapal angkasa dan menewskan musuh yang hadir sebelum tiba di peringkat akhir untuk berlawan dengan bos-bos yang kebal dan licik. Ingat, pemain hanya diberikan tiga nyawa!

2 12

Buat mereka yang rindukan Space Impact, muat turun aplikasi Retro: Space Impact di Play Store atau App Store.

2. Snake

3 14

Permainan video Snake boleh dikatakan wujud di semua telefon bimbit yang ada pada zaman kita kecil dahulu. Malah, Snake juga ada pada telefon pintar dengan variasi dan fungsi yang lebih menarik.

Peraturan permainan video ini mudah sahaja, pemain perlu mengawal ular dan makan untuk memanjangkan badan. Namun harus diingat, jangan langgar badan sendiri!

3. Bounce

6 7

Permainan video kebiasaannya akan memberi watak manusia atau raksasa untuk pemain, namun tidak untuk video ini di mana pemain perlu mengawal bola dan melepasi rintangan yang ada.

Kadang kala, butang pada telefon bimbit boleh terhakis dan rosak hanya kerana kita terlalu fokus bermain Bounce!

5 10

4. Tower Bloxx

9 1

Permainan video ini memerlukan ketepatan dan fokus yang tinggi memandangkan pemain perlu menyusun blok bangunan sehingga ke paras bumbung.

Buat anda yang rindukan Tower Bloxx, terdapat beberapa aplikasi seperti Stake dan Don’t Miss a Block yang menyerupai permainan video ini di Play Store dan App Store.

5. Bumper / Club Pinball

8 2

Anda tak cukup old school kalau tak pernah main permainan video ini. Bumper atau Club Pinball bukan sahaja popular di telefon bimbit, malah permainan ini turut dimainkan di arked dan komputer.

Menariknya tentang permainan video ini, ia boleh dimainkan oleh dua pemain!

7 4

Meskipun permainan video zaman sekarang lebih mencabar dan menarik, namun permainan video pad zaman dahulu pernah menemani kita semua di saat bosan dan sunyi.

Dalam senarai 5 game telefon bimbit di atas, berapa yang anda pernah main?

 

BACA: Menyeramkan! Sisi Gelap Industri Anime Yang Tidak Diceritakan Kepada Umum

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.