in

Kisah Kegagalan Nokia Sebagai Kuasa Besar Telefon Bimbit, Apa Yang Terjadi Sebenarnya?

Untitled 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja tentang Nokia, benda pertama yang terlintas dalam fikiran kita pastinya Nokia 3310. Nokia 3310 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari seluruh dunia, sehinggakan telefon ini dijadikan meme kerana terkenal dengan ketahanannya yang hebat.


64D

7D10E13D119F3448Ac486979Daa5Dcde

Pasti anda masih ingat akan permainan video Space Impact dan Snake. Sebelum munculnya permainan video Mobile Legends dan PUBG, kedua-dua permainan ini menjadi kegilaan ramai remaja pada ketika itu.

0Oqn0I9Rbc511

Space Impact dan Snake juga merupakan sebab utama Nokia 3310 milik ibu bapa kita sentiasa kehabisan bateri. Siapa pernah kena marah mengaku cepat?!

Sejarah Nokia

Nokia adalah syarikat yang berasal daripada Finland, dan boleh dianggap sebagai syarikat yang paling dikenali dari negara itu. Nama Nokia sebenarnya diambil dari bandar kecil yang wujud di Finland, dan mula diasaskan pada tahun 1865. Pasti anda keliru, adakah telefon bimbit Nokia sudah mula digunakan sekitar tahun 80-an? Tidak sebenarnya.

Nokia Headquarters

Syarikat Nokia tidak menjual telefon bimbit pada awal penubuhan mereka, sebaliknya Nokia menjual kertas. Kemudian pada sekitar tahun 1960, Nokia mengembangkan perniagaan mereka selepas bergabung dengan sebuah syarikat perusahaan getah dan syarikat perusahaan kabel.

Nokia mula masuk ke dalam pasaran telefon bimbit pada tahun 1981, apabila mereka membeli sebuah syarikat telefon di Finland. Pada hujung tahun 80-an, Nokia merupakan salah satu kuasa besar dunia apabila mereka mendominasi banyak pasaran seperti telefon bimbit, kertas, getah dan bahan elektronik.

Nokia Toilet Paper 2

Meskipun Nokia mempunyai kejayaan besar ini, syarikat ini tiada pengkhususan dan kepakaran dalam sesuatu bidang. Untuk memudahkan pemahaman anda, ini adalah contoh terbaik yang boleh menggambarkan keadaan Nokia pada ketika itu.

Pelajar A mengambil 25 jam kredit dalam satu semester di universiti dan lulus semua subjek. Namun begitu, pelajar A tiada kepakaran dalam setiap subjek memandangkan dia perlu fokus untuk subjek-subjek yang lain juga.

Manakala pelajar B pula hanya mengambil 16 jam kredit dan mendapat gred A untuk semua subjek memandangkan dia mempunyai lebih masa dan fokus semasa belajar.

Nokia boleh diibaratkan sebagai pelajar A.

Kisah kejayaan Nokia

Sebelum kita mula bercerita tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Nokia, adalah lebih baik jika kita mengetahui kejayaan jenama besar ini dahulu.

Nokia merupakan peneraju dalam industri pembuatan telefon bimbit pada suatu ketika dahulu. Pada Oktober 1998, Nokia mencapai kejayaan menjadi jenama telefon bimbit yang paling banyak dijual di dunia.

Malah pada tahun 2007, Nokia memiliki 50% dalam peratusan pasaran telefon bimbit. Dalam bahasa mudahnya, separuh daripada pengguna telefon bimbit dunia menggunakan jenama ini sebagai pilihan mereka.

Unnamed

Kejayaan Nokia ini adalah hasil daripada pimpinan mereka yang muda dan bertenaga, membuatkan jenama ini diterima luas oleh pasaran.

Bagaimanapun, dunia semakin lama semakin bergerak ke hadapan. Banyak perkara yang dahulunya dilakukan secara fizikal, kini boleh dilakukan secara digital. Sebagai contoh, penghantaran surat kurang menjadi pilihan kerana kewujudan e-mel dan aplikasi yang mampu untuk memberikan informasi.

Kisah kegagalan Nokia

Meskipun pernah menjadi pengeluar telefon bimbit terbesar dunia pada tahun 90-an, Nokia tidak dapat meneruskan momentum dan akhirnya gagal. Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Nokia.

Nokia Key Lessons To Learn V2 5 638

(a) Nokia tidak mahu mengikut perubahan

Kemajuan telefon bimbit bergerak laju pada saban tahun. Setiap masa, pasti ada sahaja model baru yang dilengkapi dengan teknologi baru dikeluarkan oleh pesaing. Telefon bimbit juga sudah tidak digunakan, pengguna lebih memilih telefon pintar yang mempunyai lebih banyak fungsi menarik.

Malangnya, Nokia tidak turut serta dalam perubahan dunia ini, lalu menyebabkan mereka jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan jenama yang lain.

(b) Persaingan yang terlalu ketat

Telefon bimbit merupakan gadget yang penting untuk memudahkan urusan harian. Pernah pada suatu ketika, Apple, Samsung, BlackBerry dan Nokia adalah peneraju dalam industri ini. Bagaimanapun, Nokia tidak mampu untuk bersaing dengan jenama lain yang menawarkan tenologi yang lebih menarik.

Sebagai contoh, BlackBerry menawarkan fungsi BlackBerry Messenger yang membenarkan pengguna untuk berhubung secara mudah dan pantas. Faktor ini menjadikan BlackBerry sebagai pilihan ramai pada ketika itu. Siapa masih ingat BB Pin sendiri?

(c) Tiada plan strategik yang mantap

Kedua-dua Apple dan Samsung mampu bertahan sehingga ke hari ini adalah disebabkan plan strategik mereka yang mantap dan bijak. Apple dan Samsung mencipta produk flagship mereka sendiri, dan menambah baik produk ini pada setiap tahun.

Strategi ini membuatkan pengguna asal produk flagship tersebut untuk kekal menggunakan keluaran baru produk yang sama kerana keselesaan dan minat.

(d) Terlalu yakin dengan kekuatan jenama

Apabila anda sudah berada di atas, tahap keyakinan pastinya memuncak tinggi. Itulah yang terjadi kepada Nokia. Syarikat ini percaya bahawa pengguna akan tetap membeli telefon bimbit Nokia memandangkan jenama ini sudah pun popular dan dijual di serata dunia.

Namun mereka tidak bertahan lama apabila jenama lain seperti Huawei dan ZTE mampu mengeluarkan telefon yang lebih canggih dengan harga yang berpatutan pada ketika itu.

Pengajaran daripada kisah Nokia

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah kejatuhan Nokia ini. Malah, kita boleh aplikasikan pengajaran ini dalam kehidupan seharian.

Jangan terlalu selesa meskipun anda sudah mempunyai jawatan dan gaji yang mantap. Apa salahnya jika anda keluar daripada zon selesa dan mengikut perubahan dunia.

Sebagai contoh, dunia sekarang lebih cenderung ke arah teknologi seperti pemasaran digital, kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan banyak lagi. Banyak sumber yang anda boleh akses untuk belajar secara percuma dan berbayar seperti Coursera dan Udemy.

Dokumentari:

Sumber: Company Man, Doers Empire, Medium

BACA: Digelar Kondominium Tercantik Di Dunia, Ini Kisah ‘The Interlace’ Di Singapura

Cats 3

Sumber: Pinterest
Sumber: Reddit
Sumber: Telekom Lead
Sumber: Asymco
Sumber: SlideShare

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.