in

Menyeramkan! Sisi Gelap Industri Anime Yang Tidak Diceritakan Kepada Umum

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia mengenali Korea Selatan kerana K-Pop,
Dunia mengenali India kerana Bollywood,
Dunia mengenali Jepun kerana Anime.


Rata-rata daripada kita semua dibesarkan dengan komik-komik Manga dari Jepun, tidak terlepas juga komik-komik daripada syarikat gergasi dunia seperti Marvel dan DC.

Namun begitu, komik Manga lebih menjadi pilihan remaja kerana harganya yang lebih murah dan mudah untuk didapati, berbanding dengan komik Marvel dan DC yang hanya dijual di kedai buku kelas atasan dan harga yang hanya mampu dibeli oleh golongan berada.

1 22

Industri Anime dilaporkan menjana $19 Billion Dollar pada tahun tahun 2017 (Sumber: Hollywood Reporter) dan dijangkakan akan terus meningkat pada setiap tahun jika dilihatkan kepada sambutan dunia terhadap kartun daripada negara terbit matahari ini. Jepun mengeluarkan hampir 200 siri animasi pada setiap tahun, membuatkan permintaan pelukis profesional meningkat.

Namun begitu, bilangan pelukis profesional di Jepun semakin berkurangan memandangkan bayaran yang tidak setimpal daripada syarikat pengeluar meskipun mereka mengaut untung puluhan juta dollar.

Menurut rekod, seorang pelukis boleh menjana sehingga 200-yen untuk setiap lukisan, iaitu bersamaan dengan RM7.55 jika ditukarkan nilai mata wang itu kepada Ringgit Malaysia. Bayaran RM7.55 dilihat agak banyak jika seseorang pelukis itu berjaya menyiapkan seratus lukisan dalam masa sehari, namun tahukah anda satu lukisan mengambil masa purata selama satu jam untuk disiapkan. Itu belum dicampur dengan lukisan yang memerlukan perincian seperti latar belakang dan makanan yang mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan.

Kerja lebih masa sehingga memudaratkan diri bukanlah sesuatu yang asing di Jepun. Malah, mereka mempunyai satu perkataan khas untuk menggambarkan situasi kerja sehingga mati, iaitu Karōshi.

2 13

Kerja Selama 393 Jam Dalam Masa Sebulan

Sebuah syarikat gergasi produksi Anime, Madhouse yang terkenal dengan anime ‘Summer Wars’ dan ‘Time Laden Girl’ telah disaman kerana dilaporkan memaksa pekerjanya bekerja selama 393 jam dalam masa sebulan.

3 11

Untuk menyiapkan lukisan dan mengejar ‘deadline’, para pekerja terpaksa bekerja selama 37 hari secara berterusan tanpa cuti. Polisi kejam syarikat Madhouse berjaya didedahkan selepas salah seorang pekerjanya pengsan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah daripada tempat kerja.

4 9

Disebabkan rata-rata pelukis syarikat Madhouse ialah ‘freelancers’, jadi Madhouse boleh manipulasi kod buruh dan memaksa pelukis mereka untuk bekerja lebih masa. Daripada sisi pelukis ‘freelancers’ pula, mereka pastinya mahu membuat yang terbaik memandangkan ramai yang menjadikan kerja ini sebagai kerja sambilan mereka untuk menjana duit lebih.

Kazunori Mizuno: Pelukis Naruto Yang Meninggal Kerana ‘Overwork’

Siapa sahaja tidak kenal akan Kazunori Mizuno? Pelukis veteran ini terkenal dengan anime Naruto, Bleach dan beberapa anime lain dan penulis yakin dua anime ini diikuti oleh majoriti daripada kita di Malaysia.

6

Pada tanggal 19 Mac 2017, dunia dikejutkan dengan kematian mengejut Kazunori Mizuno yang secara tiba-tiba mati di tempat kerja beliau, Studio Pierrot. Pelukis berumur 52 tahun ini dilaporkan telah meninggal kerana penat kerja yang melampau.

Malah menurut portal Jepun Goboiano, Mizuno ketika itu sedang tidur di pejabatnya dan secara tiba-tiba tidak menyedarkan diri. Laporan bedah siasat menunjukkan Mizuno terlalu tertekan kerana bekerja sehingga menyebabkan beliau menghidapi serangan jantung dan strok.

Pengajaran Daripada Kisah Ini

Kata orang, jangan sayang kepada tempat kerja kerana sesebuah jawatan itu boleh diganti oleh orang lain pada bila-bila masa. Meskipun minat dan fokus terhadap kerja membuatkan anda kerja lebih masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan, ingatlah bahawa badan kita juga perlu berehat.

Semoga profesion pelukis di Jepun terus dipelihara oleh pihak atasan dengan menjaga kebajikan dan kesihatan mereka. Diharap juga agar karya-karya baru anime terus dikeluarkan untuk para peminat mereka dari seluruh dunia. Ganbatte!

Sumber: Vox

 

BACA: “Sebelum merdeka dah belajar” – Netizen Terpegun Dengan Kemampuan Nenek Ini Berbahasa Jepun

Capture 14

Sumber: Shopee
Sumber: Tofugu
Sumber: Amino
Sumber: Reddit
Sumber: Mighty Ape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.