in

Kajian Buktikan Tonton Filem Seram Sebenarnya Beri Manfaat Kepada Kesihatan Mental Sebab…

Ree

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem-filem seram zaman sekarang ni memang menakutkan sampai ke tulang. Lagi-lagi dengan teknologi yang ada dalam media industri, makin bertambah seramlah jadinya. Memang tak dapat nafikan, filem bergenre ni mampu mengusik fikiran dan juga perasaan bila ditonton.


Tapi tahu tak korang, dengan tengok filem-filem macam The Conjuring atau Munafik, ia sebenarnya baik untuk kesihatan mental kita? Min tak tipu sebab perkara ni pakar psikologi yang cakap tau! Korang boleh baca je kat bawah ni.

1. Rasa terkawal

Locus Of Control 1 980X570 1

Menurut Matthew Strohl, seorang penolong profesor falsafah di Universiti Montana mengatakan ada kebaikan jika latih ketakutan dalam minda kita. Salah satunya dengan menonton filem-filem seram ni.

Katanya, dengan pendedahan terapi seperti ini, ia dapat buatkan kita rasa mampu untuk mengawal situasi yang berlaku dalam cerita seram yang kita tengok. Maksudnya, bila kita bayangkan diri kita berada dalam situasi sama berulang kali, kita tak akan rasa takut sepertimana pelakon dalam cerita alami perasaan itu.

Sebaliknya, kita dapat mengawal perasaan dan mental disebabkan situasi rekaan dalam movie tu yang tak berlaku dalam kehidupan ketika sedang menontonnya. Malah, ketakutan kita juga akan berkurangan.

Artikel berkaitan: “Khong Kaek” – Netizen Malaysia Rasa ‘Terganggu’ Dengan Tajuk Filem Seram Terbaru Thailand Ini

2. Belajar daripada filem

Jujtutjt

Selain tu kita juga dapat belajar daripada pengalaman yang dihadapi watak-watak dalam movie seram. Kata Frank T. McAndrew, seorang profesor psikologi di Kolej Knox, manusia sangat suka mendengar cerita dan pengalaman daripada orang lain.

Disebabkan itu, kita dapat pengajaran berharga daripada cerita yang disampaikan yang mungkin agak mahal untuk didapati dalam dunia sebenar. Jadi, dengan tonton filem horror ni, kita dapat sediakan diri dari segi mental dan fizikal dengan melihat orang lain dulu yang menghadapi situasi menakutkan dalam tv.

Kita juga dapat plan strategi dan langkah berjaga-jaga daripada adegan dalam filem. Sebagai contohnya, sorang pembunuh bersiri berjaya pecah masuk ke dalam rumah sebab pelakon terlupa kunci pintu belakang. Jadi, dengan belajar daripada kesilapan tu, korang akan sentiasa teringat untuk utamakan keselamatan korang.

Sebenarnya dari filem genre lain pun kita boleh ambil pengajaran namun movie seram yang banyak bermain dengan situasi ‘life and death‘ ni lagi menarik perhatian untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian.

Artikel berkaitan: Jom Layan 5 Filem Seram Ni Dekat Netflix, Confirm Hujung Minggu Korang Tak Bosan!

3 Jenis Peminat Horror Movie

Menurut Mathias Clasen, profesor dari Universiti Aarhus di Denmark, beliau mengelaskan tiga jenis peminat filem seram dalam dunia ni.

1. Penggemar adrenalin

Train To Busan Movie Knkrqahv121Gi14N

Sesetengah orang pada asasnya memang minat tengok cerita seram ni. Sebabnya, mereka sukakan deruan adrenalin yang dirasai ketika menonton babak-babak scary dalam filem. Kalau korang nak tahu, adrenalin merupakan hormon yang membantu dalam tindak balas pantas ketika berada dalam situasi yang berbahaya atau mencemaskan.

Disebabkan itu, ia buatkan deria kita seolah-olah mendapat ‘power‘ menjadi lebih waspada dengan keadaan di sekeliling serta cergas bertindak. Pada masa yang sama, kadar gula dalam darah akan meningkat lalu menjadi sumber tenaga untuk lakukan sesuatu. Oleh itu, kebanyakan orang terutama atlet memang suka adrenalin ni sebab ia mampu upgrade prestasi dorang dalam sukan.

2. Buku jari putih

Fear Of Dentist

Nama ‘buku jari putih’ ni diambil daripada orang yang tonton filem ngeri sambil penumbuk dorang digenggam sampai pucat. Bahasa mudahnya, dorang tetap mahu mencabar diri sendiri untuk ‘lepas’ filem seram ni walaupun sebenarnya dorang ni jenis yang cepat takut.

Namun, Clasen cakap yang perkara itu ada kebaikan pada perkembangan mental orang-orang ni. Buktinya, dorang dapat belajar perkara penting pasal diri sendiri yang secara tak langsung, dapat bantu dorang dalam memajukan diri.

3. Dark coper

Scarecam2

Golongan ni ialah mereka yang rasa dengan menonton filem terrifying ni, ia dapat menenangkan dorang daripada perasaan negatif. Ia juga dianggap sebagai ubat untuk merawat kerisauan dan tekanan yang dialami dorang dalam kehidupan.

Bagi membuktikan perkara ni, Clasen jalankan satu kajian pada 2021 mengenai orang-orang yang menonton scary movies. Apa yang beliau dapati ialah orang yang tengok banyak cerita seram ni lebih bagus dalam mengawal stres, ketakutan dan anxiety berbanding orang yang tak minat hiburan menakutkan ni.

Sebabnya, bila perasaan takut datang, kita akan buat bermacam cara untuk melawan perasaan itu seperti buka lampu atau rendahkan volume filem. Ia juga dapat melatih emosi dan mental kita untuk mengendali stres dan kerisauan dalam dunia sebenar.

Wow! Min nak marathon filem seram la malam ni!

Sumber: Salon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.