in

5 Filem ‘Horror’ Terbaik Tahun 2024, Peminat Cerita Seram Memang Kena Tengok!

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat-peminat filem seram, korang mesti tahu yang genre ni memang hit or miss. Nak buat cerita seram ni memanglah senang tapi nak dapatkan yang betul-betul berkualiti dan menakutkan tu memang susah sangat.


Jadi, kita memang akan jadi berhati-hati untuk pilih filem seram untuk ditonton ni. Tahun ni, boleh tahan banyak juga filem-filem seram yang buat kemunculan. Jadi, kalau korang nak tahu filem apa yang korang kena tengok, jom baca senarai dekat bawah ni!

Artikel berkaitan: Ini 5 Filem Seram Yang Bakal Keluar Sepanjang Bulan ‘Halloween’ Tahun Ini

Artikel berkaitan: 5 Cerita Hantu ‘Urban Legend’ Dari Jepun Ni Memang Seram Betul!

1. Stopmotion

Filem seram dari Britain makin mendapat perhatian ramai dengan ramai pengarah-pengarah yang makin meningkat naik dan dapat menghasilkan filem seram berkualiti seperti Rose Glass, Claire Oakley, Prano Bailey-Bond dan Remi Weekes.

Filem hasil air tangan Robert Morgan ini tak kurang hebatnya, ia Ella Blake, seorang juruanimasi stop-motion berbakat untuk membantu ibunya yang juga seorang animator terhebat untuk menghabiskan kerja untuk menghasilkan filem terakhirnya.

Namun begitu, ciptaan mereka ini telah memakan diri sehingga melibatkan kematian…

2. Night Swim

Seorang pemain bola lisut yang terpaksa bersara awal dan berpindah ke rumah baru yang mempunyai kolam renang terapi. Pada awalnya, semua nampak seperti biasa sehinggalah mereka dapat tahu yang kolam tersebut dipenuhi dengan hantu.

Pengarah, Bryce McGuire telah menjadikan filem pendeknya kepada filem cereka yang efektif dan bermain dengan ketakutan dan tarikan kita terhadap air. Lepas tengok cerita ni, memang takutlah nak mandi swimming pool.

3. Late Night with the Devil

Late Night with the Devil menceritakan tentang apa yang berlaku dalam satu episod rancangan bual bicara lewat malam apabila hos rancangan tersebut cuba untuk menaikkan rating dengan menjemput seorang gadis yang didakwa telah dirasuk ketika malam Halloween 1977.

Filem arahan Colin dan Cameron Cairnes ini berkonsepkan seperti dokumentari dan found footage. Ia telah mendapat review yang positif dari pengkritik atas persembahan lakonan mereka yang mantap.

 4. Abigail

Abigail merupakan filem komedi seram yang diarahkan oleh Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillet.

Ia mengisahkan tentang sekumpulan penculik yang telah menculik anak perempuan orang kaya dan meminta wang tebusan sebanyak US$50 juta tanpa mengetahui yang kanak-kanak tersebut merupakan seorang vampire.

5. Immaculate

Filem yang dilakonkan oleh pelakon baru kegemaran ramai, Sydney Sweeney ini menceritakan tentang seorang biarawati muda yang dijemput untuk tinggal di sebuah gereja Itali yang menjaga biarawati-biarawati yang sedang nazak sebelum menyedari rahsia menakutkan yang ada di sana.

Kalau korang nak tahu, filem ini sepatutnya dirakamkan pada 2014 di mana Sydney telah pergi ke ujibakatnya untuk menjadi pelakon utama. Namun begitu, filem tersebut telah dibatalkan sebelum sempat memulakan penggambaran. Selepas popularitinya meningkat ketika membintangi Euphoria, Sydney telah membeli lakon layar Immaculate dan meminta Michael Mohan untuk mengarahkan filem ini.

Sumber: Time Out

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.