in

4 Hari Je Dah Boleh Dapat Lesen?

Lesen1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seronok kan kalau dapat bawa kereta? Nak ke mana-mana pun senang sebab tak payah susah payah nak naik public transport. Tapi yang tak bestnya, dorang ni nak bawa kereta tapi malas pulak nak ambil lesen! Cheh! 

Pusat Latihan Memandu Cemerlang Kereta Mendaki Bukit
gambar hiasan

Disebabkan sikap nilah munculnya sindiket yang menjual lesen memandu ‘sah’ tapi tanpa belajar memandu dan ambil ujian di JPJ. Menurut Free Malaysia Today, sindiket jual lesen ni telah dibuat online secara terbuka untuk orang ramai. Amboi tak takut ke kena tangkap?


Sindiket tu jugak mendakwa lesen yang dijual mereka sah dan pelanggan cuba perlu beri gambar, dokumen dan kos yang ditetapkan sebelum dapat lesen yang diidam-idamkan dalam masa 4 hari. Lebih mengejutkan, maklumat pelanggan juga katanya akan dimasukkan ke dalam sistem JPJ supaya senang nak perbaharui lesen tamat tempoh di pejabat pos nanti. 

Laman https://servislesen.com/pakej-lesen/ juga menawarkan lesen memandu bagi semua kelas dengan bayaran antara RM990 hingga RM6,500. Kos ni jugak dikatakan sangat mahal iaitu dengan 3 kali ganda bayaran yang dikenakan institut memandu biasa. 

Servis Lesen
sumber: fmt

Contohnya lesen motosikal B2 asalnya RM350 tapi website tu tawarkan RM990. Lesen kereta manual D pulak asalnya RM1,150 tapi ditawarkan RM1,990 kat website tu. 

Uniknya sindiket ni, ia tak melayan permohonan pelanggan yang disenaraihitamkan JPJ dan semua urusan hanya dibuat di laman web tu saja. Ketika ini, masih belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa tentang isu ni.

Haihh suka sangat beli lesen terbang macam ni. Kalau accident nanti macam mana? Siapa nak bertanggungjawab? Fikir dulu sebelum ambil jalan mudah. 

Baca: Remaja Tunggang Motor Tanpa Lesen, Bila Ditahan Polis Takut Sampai Terkencing Dalam Seluar

Kencing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.