2 Lelaki Rohingya Ajak Remaja 15 Tahun Bersiar-siar, Sebelum Rogol Dalam Kereta

Tambah ke Sumber Pilihan
2 Lelaki Rohingya Ajak Remaja 15 Tahun Bersiar-siar, Sebelum Rogol Dalam Kereta

Remaja wanita 15 tahun menjadi mangsa rogol dua lelaki Rohingya yang baru dikenalinya, insiden ini berlaku di kawasan Klebang, Melaka.

Menurut laporan Harian Metro, remaja malang itu dirogol di dalam kereta selepas dibawa bersiar-siar oleh kedua-dua lelaki warga asing itu.

Perbuatan lelaki Rohingya itu terbongkar apabila mangsa ditemui kira-kira jam 2 pagi di taman permainan Batu Berendam oleh rakan abangnya yang membantu mencari remaja itu kerana dia didapati tidak pulang ke rumah.

Pexels Alex Green 5699780
Gambar Hiasan

Artikel berkaitan: Pertuduhan Kes Rogol Adik Ipar Dipinda, Rupanya Abang Ipar Turut Perkosa Mangsa

Artikel berkaitan: Perkampungan Haram Rohingya Di Melaka ‘Ghaib’ Secara Misteri Dalam Satu Serbuan

Di dalam laporan yang sama, Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata pihaknya menerima laporan kejadian dibuat abang mangsa pada hari sama di Balai Polis Batang Tiga.

Difahamkan, siasatan mendapati mangsa yang masih bersekolah keluar dari rumahnya kira-kira 2 petang pada 14 September lalu, untuk bersiar-siar bersama warga asing itu.

“Lelaki itu yang juga suspek pertama membawa mangsa menaiki motosikal kira-kira 4 petang sebelum bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya yang dikenali berusia 27 tahun (suspek kedua) di sebuah restoran di Klebang.

Mereka kemudiannya pergi bersiar-siar dengan menaiki Proton Preve dipandu suspek kedua, sebelum mangsa dirogol oleh kedua-dua lelaki itu di dalam kenderaan berkenaan di tepi pantai di kawasan itu.

Selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam,” katanya.

Hasil pemeriksaan oleh Hospital Melaka terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa dan difahamkan 2 lelaki warga asing itu telah direman tujuh hari bermula 15 hingga 21 September ini bagi siasatan lanjut.

“Suspek pertama seorang penganggur dan suspek kedua, peniaga dan mereka turut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat,” katanya.

Sebagai info, ini merupakan kes jenayah kedua melibatkan warga Rohingya yang dilaporkan tahun ini selepas satu kes cabul kanak-kanak peremupan berusia 12 tahun, Januari lalu.

Sumber: Harian Metro

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

2 Lelaki Rohingya Ajak Remaja 15 Tahun Bersiar-siar, Sebelum Rogol Dalam Kereta
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/2-lelaki-rohingya-ajak-remaja-15-tahun-bersiar-siar-sebelum-rogol-dalam-kereta/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM