in

Literasi Digital Kunci Untuk Membentuk Remaja Tahan Lasak & Bertanggungjawab

Collage 1

Sekumpulan ibu bapa bersetuju bahawa untuk membesarkan remaja yang berdaya tahan dalam dunia digital, mereka perlu membina pemahaman sebenar berbanding bergantung kepada sekatan penggunaan peranti.

Perkara ini dibincangkan ketika sesi latihan kesedaran keselamatan digital baru-baru ini yang dianjurkan oleh Tatler untuk ibu bapa Malaysia dengan kolaborasi bersama Content Forum, Pocket of Pink, The Inner Lynk dan TikTok.

1
Gambar hiasan

Menurut Pengasas Moms Village Asia dan ibu kepada dua anak, Vatsala Nair Manoharan, mereka berpendapat bahawa sekatan capaian tidak dapat membantu menyediakan remaja untuk menghadapi risiko yang bakal ditemui di dalam dunia digital seperti gangguan tidak diingini, buli siber, penipuan serta sempadan yang tak jelas mengenai persetujuan.

Remaja perlukan bimbingan praktikal dan sistem sokongan dari orang terdekat, bukan sekadar peraturan.”

Su Yen Peng, ibu kepada empat anak turut mempunyai pandangan yang sama. Melindungi anak dengan memutuskan hubungan tak sama dengan sediakan anak untuk berhadapan dengan dunia digital.

Katanya, pendekatan yang lebih baik ialah mengajar anak-anak untuk berfikir, bertanya dan membuat pilihan yang bijak semasa menggunakan sosial media. Lebih-lebih lagi bila kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu semakin mengambil alih kehidupan harian.

Manakala, usahawan dan ibu, Elizabeth Thea mengatakan, pandangannya terhadap penggunaan media sosial berubah selepas belajar tentang alat yang tersedia untuk melindungi keluarga serta kepentingan berbual secara terbuka di rumah. Apa yang lebih penting untuknya adalah sekatan yang bersesuaian dengan umur digabungkan dengan pendidikan berterusan supaya ibu bapa dan anak dapat membina keyakinan untuk menangani apa yang berlaku dalam talian,

Selain itu, Ketua Pegawai Operasi, Rizman Ruzaini, Nurida Suraya, menekankan tentang kepentingan platform digital untuk remaja bersosial dan meluahkan diri sekaligus menjadikan penglibatan ibu bapa lebih penting berbanding sebelum ini. Selain itu, beliau turut memetik ciri Family Pairing TikTok sebagai contoh yang baik untuk membuka ruang perbualan antara ibu bapa dan anak-anak.

Di akhir sesi, ramai bersetuju bahawa perlindungan paling kukuh untuk golongan muda bukanlah tetapan dan penapisan tapi rumah di mana anak-anak rasa selesa untuk berkongsi pengalaman kurang senang yang mereka lalui sama ada buli siber, maklumat palsu atau perkara-perkara lain.

Sumber: Bernama