in

Perkampungan Haram Rohingya Di Melaka ‘Ghaib’ Secara Misteri Dalam Satu Serbuan

Cats 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah perkampungan haram etnik Rohingya di Jalan Pulau Senang, Semabok tiba-tiba ‘ghaib’ secara misteri dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa. Lebih 230 penduduk dipercayai berpecah dan sempat meninggalkan rumah sewa masing-masing sebelum serbuan dilakukan.


Operasi besepadu oleh lima agensi penguatkuasaan yang disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem dilakukan pada pukul 12.30 tengah malam sehingga 3.30 pagi tadi.

Menurut Mohd. Noor Helmy, kawasan itu mula menjadi sasaran selepas pihaknya menerima pelbagai laporan berkenaan isu sosial yang melibatkan pesalah Rohingya. Antaranya adalah kes jenayah cabul membabitkan mangsa kanak-kanak tempatan pada Disember lalu.

Susulan itu, satu pemeriksaan telah dilakukan dan dipercayai kawasan itu telah menjadi perkampungan Rohingya dengan jumlah penduduk sekitar 236 orang. Bagaimanapun, pihak berkuasa hanya mengesan sekitar 80 orang Rohingya dalam pemeriksaan tersebut.

“Dalam operasi ini kita dapati kawasan yang sebelum ini didiami kira-kira 200 orang Rohingya kini kebanyakan rumah mereka kosong.

“Hanya tinggal beberapa buah rumah kurang daripada 80 orang Rohingya dikesan, mereka pindah ke mana saya tidak tahu tetapi kita nampak pergerakan mereka mula keluar meninggalkan DUN Duyong,” katanya.

Etnik Rohingya

Dalam satu kenyataan lain pula, beliau berkata pihak berkuasa akan terus berdepan dengan masalah untuk mengawal isu sosial melibatkan golongan Rohingya sekiranya mereka masih diiktiraf sebagai pemegang kad Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

“Seperti isu perkampungan Rohingya ini, kita tidak ada undang-undang yang dapat mengikat atau melarang tuan tanah (penyewa) menyewakan rumah kepada pelarian kerana kehadiran mereka sah, kalau macam pendatang asing tanpa izin berbeza.

“Kalau tangkap esok lepas balik, tidak ada kesudahan, kalau nak usir pun, nak usir ke mana? Isu sosial membabitkan mereka ini ibarat bulatan, semakin lama semakin besar,” katanya kepada sumber.

ADUN Duyong itu turut mencadangkan agar golongan itu didaftarkan sebagai pekerja warga asing agar mereka boleh bekerja dan dikawal dengan lebih baik di bawah Akta Imigresen.

Kredit: Kosmo

BACA: Restoran Di Shah Alam Dikecam Kerana Halang Warga Rohingya Daripada Memasuki Premis

Cats 37

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.