in

2 Lelaki Pakistan Ditahan, Kes Samun & Rog*l Wanita Di Jejantas KTM Serdang

Samun 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kes samun dan rogol oleh lelaki warga Pakistan dan kejadian itu dipercayai berlaku di jejantas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang.

Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua suspek telah melarikan diri selepas melakukan jenayah itu lalu ditangkap di kawasan kaki lima sebuah kondominium di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan.


Samun 1
Sumber: buletin tv3

Mangsa seorang diri pulang ke rumah lepas bekerja

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.40 tengah malam Ahad lalu yang mana mangsa sedang melalui jejantas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang sebelum dia dihampiri oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Artikel berkaitan: Gertak & Samun Remaja Dalam Lif, Lelaki Bertopi Keledar Dicekup Polis

Artikel berkaitan: Tular Rakaman Dashcam Mungkin Taktik Samun Terbaru, Wanita Kena Take Note!

Kemudian, mangsa telah disamun telefon bimbit oleh suspek sebelum dirogol di jejantas berkenaan. Suspek juga ada mengacukan pisau untuk menakutkan mangsa. Pihak polis berkata, wanita yang trauma selepas melalui detik hitam berkenaan telah tampil membuat laporan di pejabat polis.

Mangsa yang trauma kemudian tampil membuat laporan polis dan hasil siasatan pada jam 8.30 malam kelmarin, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan lelaki warga Pakistan berusia 23 tahun yang terbabit dalam kejadian samun dan rogol itu.

Warga Pakistan samun telefon bimbit, rogol

Samun 2
Sumber: bernama

Difahamkan, suspek kes tersebut ditahan manakala rakan senegara yang dipercayai berkomplot dalam satu lagi jenayah samun pada 30 Disember lalu. Kedua-dua lelaki itu tidak bekerja dan suspek pertama telah masuk ke Malaysia sejak Ogos tahun lalu manakala suspek kedua sudah enam bulan menetap di negara ini.

Siasatan juga mendapati mangsa baru sahaja seminggu bekerja di pusat beli belah sebelum dia disamun dan dirogol pada malam tersebut. Suspek yang mengaku terbabit dalam kedua-dua kes jenayah disasat mengikut  392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 serta direman tujuh hari sehingga 22 Januari.

Walau bagaimanapun, pihak IPD Serdang menyarankan orang awam yang pernah menjadi mangsa samun suspek tersebut untuk segera membuat laporan polis.

Sumber: Buletin TV3, BERNAMA, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.