in

Tular Rakaman Dashcam Mungkin Taktik Samun Terbaru, Wanita Kena Take Note!

Kereta 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di platform TikTok satu video rakaman dashcam yang dimuat naik oleh @K , menunjukkan dua buah motosikal yang kelihatan agak mencurigakan di sebuah jalan besar berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan:Nasib baik ada dashcam” – Individu Baring Atas Jalan, Pura-pura Dilanggar Kini Diburu Polis


Artikel berkaitan: “Nak samun sangat” – [VIDEO] Pemandu Mercedes Sanggup Korbankan Kereta Demi Kejar Peragut

https://www.tiktok.com/@user31458457130402/video/7275199167679548679?_r=1&_t=8fUXvJyjmAa

Pada awal video tersebut, ada satu motosikal yang memberi isyarat kepada pemandu kereta bahawa ada sesuatu pada bahagian tayar hadapan kiri tetapi pemandu kereta itu mengendahkan isyarat tersebut.

Selang satu minit selepas itu, muncul sebuah lagi motosikal lain yang memberi isyarat sama seperti motosikal yang sebelumnya. Tidak berputus asa, motosikal ini sekali lagi menunjukkan isyarat seolah-olah ada sesuatu di bahagian hadapan kereta.

Akhirnya, pemandu kereta tersebut memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelah signage ‘Istana Negara’. Namun, dia mengambil keputusan untuk tidak keluar daripada kereta untuk melihat keadaan kenderaannya.

Tidak lama kemudian, motosikal kedua yang memberi isyarat tadi telah parkir di belakang keretanya. Seorang lelaki berbaju hitam telah turun daripada motosikal tersebut untuk bertemu dengan pemandu kereta.

“Perhatikan tangan kanan dia menggenggam sesuatu.”

Apa yang membimbangkan, rakaman dashcam di bahagian belakang kereta memaparkan pembonceng lelaki itu seperti memegang sesuatu ketika mahu berjumpa pemandu kereta. Walau bagaimanapun, nombor plat motosikal itu juga ditutup kerana kereta ini mempunyai dashcam di bahagian belakang kereta.

Pembonceng itu memberitahu pemandu kereta bahawa dia ternampak ada haba keluar daripada tayar depan kenderaan tersebut.

Tindakan bijak dilakukan oleh pemandu ini, dia tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh lelaki itu dan terus beredar dari tempat tersebut.

Tambah pemandu kereta ini, dia perhatikan daripada cermin pandang belakang bahawa dia ternampak motosikal itu sedang ‘aim’ kereta putih di belakangnya. Pemandu ini juga berkata, rupa-rupanya geng mereka ini sudah target kereta-kereta lain dari awal.

Rata-rata netizen di ruangan komen telah memberi nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati ketika memandu. Para wanita juga dinasihatkan untuk memasang tinted kereta dan dashcam demi keselamatan diri sendiri.

Kereta 1

Ada juga yang bercerita bahawa dia pernah ternampak sebuah kereta di hadapannya kena samun.

Kereta 2

Sumber: TikTok

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.