2 Lelaki Jatuh Empangan Sebab Nak Curi Kabel, Seorang Hilang Dikhuatiri Lemas

Tambah ke Sumber Pilihan
Curi Kabel

Dua lelaki dipercayai menceroboh kawasan Empangan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak, bagi menjalankan kegiatan mencuri kabel sebelum terjatuh ke dalam empangan tersebut dalam kejadian awal pagi Jumaat.

Insiden kira-kira jam 12.40 tengah malam itu melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang berjaya diselamatkan oleh anggota bomba, manakala rakannya berusia 32 tahun masih hilang dan dikhuatiri lemas.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya pada awalnya menerima maklumat berkaitan kejadian curi kabel di kawasan pencawang berhampiran sebelum dimaklumkan mengenai insiden jatuh ke dalam empangan.

Screenshot 2026 02 28 At 12.11.44 Pm

Artikel berkaitan: Kantoi Tengah Potong Kabel KTMB, Seorang Lelaki Berjaya Ditangkap

Artikel berkaitan: Berhasrat Nak Sambung Belajar Di UK, Graduan Undang-undang Antara Ditahan Cuba Curi Kabel TM

Menurut beliau, lelaki yang terselamat telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan dan kecurian kabel.

Kawasan empangan tersebut yang mempunyai ketinggian kira-kira sembilan meter dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi dan tidak dibenarkan kepada orang awam.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang sedang giat dijalankan oleh pihak bomba dengan menggunakan bot untuk membuat pemantauan di permukaan air serta sekitar tebing empangan.

Kejadian itu disedari pihak pengurusan empangan selepas pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup mendapati dua lelaki berada di kawasan larangan berkenaan, dengan seorang dilihat tenggelam manakala seorang lagi berada di permukaan air sebelum bantuan kecemasan dihubungi.

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

2 Lelaki Jatuh Empangan Sebab Nak Curi Kabel, Seorang Hilang Dikhuatiri Lemas
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/2-lelaki-jatuh-empangan-sebab-nak-curi-kabel-seorang-hilang-dikhuatiri-lemas/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM