in

“Seronok tengok!” – [VIDEO] Pengantin Perempuan Silat Di Majlis Sendiri Curi Perhatian Orang Ramai

Page Silat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sekarang dah masuk bulan kedua untuk tahun 2022, tapi min boleh kata jemputan kenduri kahwin tu memang tak putus-putus sampai ke hari ni.


Haa, bila kita bercakap pasal kenduri kahwin, upacara silat tu memang wajib diselitkan sebagai penyeri majlis persandingan yang diadakan. Tambah pula, silat ni merupakan salah satu adat bagi orang Melayu.

Sebelum ni, kita dah biasa kan dengar pengantin lelaki buka langkah silat? Tapi kali ini, video dari TikTok yang singgah di FYP min buat ramai tercengang sebab pengantin perempuan pula yang bersilat di majlisnya sendiri!

Video yang dikongsikan menerusi pemilik akaun @nur.4i ini, kelihatan rakannya yang merupakan pengantin perempuan itu lengkap berpakaian baju pengantin mula buka langkah di tengah-tengah tanah lapang sambil disaksikan tetamu yang hadir.

Bukan itu sahaja, kelihatan juga di belakang pengantin itu sekumpulan pesilat sedang menunggu giliran mereka untuk membuat persembahan. Aksi yang jarang-jarang dibuat oleh mana-mana pengantin perempuan itu mendapat pelbagai reaksi netizen di bahagian komen.

“Salute…hebat cik puan pengantin…tahniah tahniah tahniah…” – Komen netizen

Tiktok Full

Turut ada yang mengatakan pengantin perempuan itu beruntung kerana dapat menguasai langkah silat. Siap ada juga gurauan mengatakan suaminya tidak boleh keluar lepak lama-lama kerana risau akan terkena silat dari isterinya sendiri. Amboiii… Suka betul korang eh. Hahaha!

Hmm… Min pun banyak lagi jemputan kahwin kawan-kawan ni… Lepas sorang, sorang yang tak single dah! Ada yang nak teman pergi kenduri tak?

Baca: “Bunga dia cantik!” – [VIDEO] Walaupun Berbaju Kurung, Ramai Puji Aksi Silat Budak Perempuan Ini

Untitled 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.