in

“Anak pun lebih seratus orang” – Gila! Lelaki Tua Kahwin Buat Kali Ke-37 Depan 28 Orang Isterinya

Fi Kawin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita baca kisah zaman terdahulu, akan menjadi kebiasaan bagi pemerintah-pemerintah dahulu untuk mempunyai isteri yang ramai. Namun perkara itu semakin lama semakin kurang kita dengar ia berlaku.


Tapi korang jangan terkejut, sebab perkara dilakukan oleh lelaki dalam kisah kali ini boleh dikatakan ‘sangat gila’.

 

Kahwin kali ke-37 

Korang percaya atau tak, dalam abad ke 21 ni kita masih dapat mendengar berita yang viral baru-baru ini apabila seorang lelaki selamat berkahwin buat kali ke-37 dalam hidupnya. Ya korang tak salah baca.

Apa yang lebih mengejutkan untuk kita ketahui, dia berkahwin dengan wanita tersebut dihadapan seluruh keluarganya yang terdiri daripada 28 orang isteri, 135 anak dan 126 cucu. Gila ramai weh!

Kawin 1

Lelaki tersebut sebelum ini dipercayai telah berkahwin sebanyak 36 kali, tetapi hanya 28 orang isterinya yang masih hidup dan tinggal sekali bersamanya.

Video perkahwinan pasangan tersebut telah dimuat naik di Twitter dan sehingga kini masih menjadi bualan hangat ramai.

Selain itu, dapat dilihat bahawa lelaki tersebut hidup dalam suasana bahagia apabila perkahwinannya itu disambut meriah oleh seluruh ahli keluarga yang hadir.

Rezeki tuan badan, tapi sampai lebih seratus orang anak tu. Memang gila 

 

Baca :Wanita Mati Masa Hari Perkahwinan, Pengantin Lelaki Terus Kahwin Dengan Adik Masa Mayat Masih Dalam Bilik

Foot Kawin

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.