in

18 Maut Dalam Kemalangan Melibatkan 30 Kenderaan, DJ Ini Senyum dan Ambil Gambar Selfie

F 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak pernah dibuat orang, kita bergelak tawa apabila menerima berita sedih lebih-lebih lagi yang melibatkan kematian seseorang. Diam dan mengucapkan ucapan takziah adalah perkara yang terbaik perlu dilakukan sebagai tanda simpati kita kepada keluarga si mati.


Tetapi berbeza pula dengan sorang DJ perempuan ini, di mana dia sebaliknya mengambil gambar selfie seorang diri sambil tersenyum lebar. Tak patutnya!

Mati 1
sumber: wob

Menurut WOB, kejadian tersebut berlaku di China pada hari Rabu yang lalu. Kemalangan ngeri yang meragut hampir 18 nyawa tidak termasuk yang cedera parah, juga melibatkan 30 buah kereta. Difahamkan kejadian ini berlaku kerana keadaan lebuh raya yang sukar dilihat dengan jelas oleh pemandu-pemandu berkenaan.

Memilukan, dapat dilihat dari gambar yang dimuat naik oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, di mana mayat-mayat bergelimpangan di atas lebuh raya tersebut dengan keadaan yang amat menyedihkan.

Mati 2
sumber: wob

Ada di antara mereka yang dibasahi dengan darah, sementara kereta dan lori yang terlibat sedang terbakar. Malah, ada juga kenderaan yang hancur hampir separuh badan akibat daripada kemalangan yang bertembung dengan lori besar.

Mati 3
sumber: wob

Kemalangan tragis itu melibatkan lebih kurang 14 buah kereta bomba dan seramai 100 orang anggota yang turut serta dalam misi menyelamatkan mangsa-mangsa nahas.

Kejadian tersebut membuatkan ramai menitiskan air mata kerana memikirkan nasib malang mangsa-mangsa namun tidak bagi DJ di sebuah radio terkemuka yang masih boleh tersenyum lebar mengambil gambar sambil membuat tanda peace!

Mati 4
sumber: wob

Gambar tersebut kemudian ersebar luas di media sosial dan rata-rata netizen mencemuh DJ berkenaan kerana kelakukannya yang dianggap biadab!

Masa kejadian itu berlaku, saya ada di tempat tersebut. Saya dapat menyaksikan sendiri satu keluarga yang mempunyai 4 beranak sedang mengalami kecederaan yang agak teruk. Si suami meminta untuk berpegangan tangan dengan isterinya sebelum dia pergi buat selama-lamanya”

Tapi entah macam mana, perempuan tu boleh senyum tanpa ada rasa belas kasihan langsung!” kata netizen yang turut berada di situ.

Setelah gambar tersebut tular di media sosial, DJ itu meminta maaf atas apa yang dilakukan. Tetapi pada keesokan harinya, DJ tersebut dilaporkan dibuang kerja oleh pihak radio berkenaan.

Kematian ni bukan sesuatu yang boleh diketawakan atau dijadikan bahan lawak. Walaupun tak ada kena mengena dengan kita, kita perlulah hormat keluarga si mati. Kasihan mereka..

Baca: Lelaki Pandu Pulang Ferrari Baru Dibeli, Kemalangan Hingga Terbakar Keseluruhan Kereta

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.