in

1,355 Wanita Jadi JANDA Di Bandung, Indonesia Dalam 4 Bulan Serangan Covid-19, Ini Kerajaan Buat…

Featured 17

Ramai yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Diberhentikan kerja, perniagaan terpaksa ditutup, hilang sumber pendapatan banyak lagi merupakan antara kesan-kesan yang terpaksa dihadapi sepanjang tempoh wabak Covid-19.

Namun di Indonesia lain pula ceritanya apabila dilaporkan seramai 1,355 wanita jadi Janda di Bandung, Indonesia sepanjang tempoh 4 bulan pandemik Covid-19, lapor detiknews.

Jumlah itu hasil daripada 1,449 tuntutan perceraian yang didaftarkan di Pengadilan Agama (PA) Bandung.

Berdasarkan statistik pembahagian adalah seperti berikut, Mac sebanyak 433 kes, April (103), Mei (207) dan Jun sehingga tanggal 24 sebanyak 706.

Secara purata dicatatkan lebih 100 pasangan yang bercerai setiap bulan dengan jumlah rasmi setakat ini sebanyak 1,355 pasangan.

Bagaimanapun Ketua PA Bandung, Acep Saifuddin berkata jumlah itu adalah lebih sedikit berbanding sebelum pandemik

Biasanya rata-rata per bulan ada 600 tuntutan yang masuk”

Antara faktor penurunan tersebut dipercayai perlaksanaan pendaftaran tuntutan hanya dilakukan secara online, selain masyarakat dinasihatkan untuk tidak keluar rumah jadi secara automatiknya bilangan yang datang ke Pengadilan Agama Bandung adalah sedikit.

 

Baca : Kes Culik Datuk R Arumugam: Minta Tebusan RM154 Juta, Dalang Utama Pernah Jadi Calon DUN Selangor PRU13?

Featured1 5