13 Reasons Why: 7 Sebab Kenapa Ramai Suka Tonton Siri Netflix Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi korang yang melanggan Netflix, 13 Reasons Why adalah antara drama bersiri yang mungkin menarik perhatian. Ia mengisahkan tentang remaja bernama Hannah Baker membunuh diri dan yang meninggalkan 13 tape berisi suara rakamannya kepada mereka yang dituduh menyebabkan dia tamatkan hidupnya.

Dengar macam menarik kan? Ini tujuh sebab kenapa ramai yang suka tonton siri Netflix ni. 

 

1. Kisah yang lain dari lain

Sumber: Twitter

Drama bersiri ni bukan macam drama korang pernah tengok dulu-dulu. Kisah cinta monyet ke apa ke memang tak ada langsung dalam 13 Reasons Why ni. Walaupun ramai orang cakap drama ni macam dark sikit sebab cerita pasal benda taboo macam bunuh diri, tapi korang kena salute lah penulis skrip ni sebab dia berjaya buat korang rasa suspen dan tak sabar-sabar nak tahu what’s next lepas tonton satu episod.

Banyak soalan akan timbul kat otak korang macam siapa rakan Hannah yang pernah backstab dia sebelum ni atau betul ke kawan baik dia Clay sanggup betrayed Hannah sampai dia decide untuk bunuh diri?

 

2. Dilakonkan oleh pelakon yang mantap

Selalunya drama yang berkaitan remaja ni tak dapat banyak sambutan sebab pelakon tak best dan dorang tak dapat nak jiwai watak dengan betul. Tapi 13 Reasons Why ni buktikan tu semua salah bila kita sendiri dapat rasai emosi watak Clay lakonan Dylan Minette dan Hannah, lakonan Katherine Langford.

Walaupun watak Hannah dah mati, bila Clay dengar tape yang ada suara dia, somehow kita rasa macam dia masih hidup pulak dan sengaja hantui watak-watak yang dah buat jahat dengan dia.

 

3. Kupas isu gangguan seksual di sekolah

Kesian sebenarnya dengan watak Hannah dan Jessica dalam kisah ni sebab dorang selalu kena sexually harrassed dengan pelajar lelaki kat sekolah. Kena sentuh kat bahagian sensitif dan rogol semua tu dah macam perkara biasa kat sekolah di US. Dan boleh dikatakan hampir seorang daripada enam perempuan kat US ni pernah kena sexual assault dalam hidup dorang. Teruknya!  

Itu baru kat US tapi kalau kat Malaysia pulak sampai wujud kes pembuangan anak ni mesti lebih kurang serius kan? Sebab tu lah pentingnya kita bincang isu gangguan seksual dan ajar anak lelaki jangan suka-suka rosakkan anak dara orang.

 

4. Masalah bunuh diri yang meruncing di kalangan pelajar

Satu lagi isu taboo yang jarang dibincangkan ramai orang ialah bunuh diri. Benda ni bukan lagi kes baru dan kat Malaysia haritu pun ada kes bunuh diri libatkan pelajar sebab tertekan dituduh curi iPhone cikgu. Dalam siri ni, jelas-jelas tema utama 13 Reasons Why ialah tentang apa yang mendorong seseorang tu untuk tamatkan riwayat hidup dia.

Macam-macam benda yang boleh jadi sebab dan kita tak patut biarkan masalah macam ni berlarutan macam tu je. Sebab tu lah 13 Reasons Why digemari ramai termasuk orang dewasa yang cuba fahami minda anak muda sekarang.

 

5. Didik supaya remaja prihatin dan empati dengan kawan yang bermasalah

Kekadang kita tak sedar yang perlakuan dan kata-kata kita maybe boleh affect diri orang lain secara tak sengaja. Kita cakap lepas, kita guris perasaan orang, kita backstab dia dan kita ignore dia pun boleh buat orang yang tengah depress rasa down dan terus pilih jalan tak sepatutnya. Sebab tu lah kena aware dengan perasaan orang lain dan kalau rakan yang kita kenal tetiba acting weird, cuba cari tahu sebab dia jadi macam tu.

Dalam isu Hannah, dia banyak kali kena betrayed dengan kawan sendiri dan orang yang paling rapat dengannya pun langsung tak ambil tahu apa masalah yang sedang dihadapi. Disebabkan tekanan, dia pilih jalan singkat yang tak masuk akal langsung.

 

6. Dua sisi buli yang orang tak tahu

Sumber: GCN

Dalam kisah 13 Reasons Why ni, kita dapat tengok dua sisi buli yang ramai orang tak perasan. Selalunya ramai yang salahkan pembuli dan kesiankan dorang yang kena buli. Tapi tak semestinya pembuli tu jahat dan yang kena buli tu baik. Macam contoh, watak Justin yang sengaja sebarkan gambarnya bersama Hannah sedang bercium sehingga timbul gosip di sekolah. Dia mungkin salah tapi dia pun sebenarnya mangsa buli maknya yang kaki botol.

Sebab tulah kisah ni diminati ramai sebab isu-isu kecil macam ni yang jarang orang kupas dengan teliti supaya lebih ramai yang boleh bantu remaja yang bermasalah seperti ni.

 

7. Penuh dengan kejutan

Dengan score 9.1 di IMDb, 13 Reasons Why antara drama siri Netiflix yang mendapat rating tertinggi mengalahkan Grey’s Anatomy yang dapat 7.7 score je. Wajarlah jugak drama ni dapat sambutan hebat macam tu sebab setiap episod yang ditayangkan ada jalan cerita yang berlainan dan susah sangat nak agak apa yang jadi seterusnya. Sebab tu lah kebanyakan penonton jadi addicted nak tengok lagi dan lagi.

Bagi yang tak sabar-sabar nak tahu kesudahan kisah ni yang tergantung macam tu je, korang bolehlah tunggu season two yang akan ditayangkan tak lama lagi. 

Baca: Siccin: 6 Fakta Filem Seram Inspirasi Kisah Sebenar Yang Buat Penonton Kena Kacau 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!