in

Akibat Dituduh Mencuri iPhone Guru, Pelajar Cuba Bunuh Diri dan Kini Alami Mati Otak

Page 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Akibat Dituduh Mencuri iPhone Guru, Pelajar Cuba Bunuh Diri dan Kini Alami Mati Otak
Loading
/

Tugas seorang guru bukannya mudah. Mereka perlu mengajar dan mendidik anak murid mereka dengan sebaik mungkin. Boleh dikatakan, hampir semua guru menganggap anak muridnya seperti anak sendiri. Oleh sebab itu lah jarang untuk kita dengar kes penderaan murid di kalangan guru.


Tetapi tidak bagi kes ini, di mana tular tentang pelajar Tingkatan 2 tidak mengaku bersalah selepas dituduh mencuri telefon bimbit milik gurunya. Menurut The Star, kejadian ini berlaku di Pulau Penang baru-baru ini. Vasanthapiriya pelajar dari SMK Methodist di Nibong Tebal cuba untuk membunuh diri, dengan menggantungkan dirinya selepas dituduh mencuri Iphone milik gurunya.

Photo 2018 01 28 19 49 13
sumber: the star

Ianya bermula apabila 4 orang guru telah menuduh pelajar tersebut mencuri kerana ternampak dia pergi ke bilik guru melalui rakaman CCTV. Apa yang memilukan, guru-guru tersebut turut memukul dan mengurungnya di sebuah bilik kerana tidak puas hati. Difahamkan, pelajar itu juga tidak dibenarkan pergi ke tandas serta berehat.

Selepas itu, guru kelas pelajar itu serta suaminya membawa Vasanthapiriya pulang ke rumah selepas membuat report di balai polis.

“Dia cakap pencuri tu dapat rakam dari CCTV tapi masih tak confirm pencuri tu anak saya atau pun bukan,” kata bapanya.

Namun selepas gurunya itu pulang, dia terus mengurungkan diri di dalam bilik dan meninggalkan sekeping nota, mengatakan bahawa dia tidak pernah mencuri telefon bimbit gurunya itu. Tidak lama selepas itu, bapanya memecahkan pintu milik anaknya, dan mendapati anaknya itu telah menggantungkan diri dengan menggunakan sehelai kain. Bapanya gegas membawanya ke hospital selepas gagal membuat CPR.

Photo 2018 01 28 19 49 49
sumber: the star

Menurut bapanya pula, anak kesayangannya kini mengalami penyakit Mati Otak dan sedang bertarung melawan penyakit tersebut. Katanya,

“Telefon tu boleh diganti, tapi anak saya tak boleh..” Hmmm sedihnyaaaaa

Menurut Majlis Perbandaran, David Marshel, dia mempertikaikan mengapa guru tersebut berani membawa murid itu pulang ke rumah tanpa kebenaran daripada ibu bapa. Katanya lagi,

“Guru sepatutnya bawa kes ini pada guru displin. Biar mereka yang selesaikan sama-sama dengan ibu bapa murid tu”

Photo 2018 01 28 19 49 53
sumber: the star

Salah seorang rakan baik kepada murid itu turut disoal guru-guru, dan dia menyebelahi Vasanthapiriya dengan mengatakan,

“Kawan saya tak curi telefon bimbit tu. Cikgu tu pun tak bagi dia keluar makan masa rehat dan kurung dia dalam bilik”

Difahamkan kes ini sedang disiasat oleh pihak polis dan jabatan pendidikan, serta berjanji kes ini akan diselesaikan dengan adil.  Sementara itu, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang turut memindahkan guru berkenaan buat sementara waktu bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Alahai kenapa sesuka hati hukum murid tu.. Kalau betul pun dia salah, tak sepatutnya seorang guru bertindak macam tu….

Baca: “Kalau saya mati, tentu ibu akan kembali..” – Kanak-Kanak Hidap Kanser Tulis Nota Menyentuh Hati

22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.