in

13 Polis, 2 Bomba & 1 Askar Antara Yang Ditahan Kerana Langgar SOP Untuk Berdisko

Collage 10 E1641604533997

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sabtu lepas, seramai 18 penjawat awam dari 62 individu telah ditahan kerana berpesta di sebuah pusat hiburan di Puchong selepas serbuan dibuat oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor pada jam 1.40 pagi.


Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan berkata hasil pemeriksaan telah dibuat di pusat hiburan tersebut selepas mendapati premis itu berada dalam keadaan gelap serta lampu berkelip-kelip selain kedengaran bunyi muzik kuat dimainkan.

Malah, ada di antara pelanggan pusat hiburan itu yang sedang leka minum minuman keras.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 62 individu berada di dalam premis itu membabitkan lapan individu termasuk tiga wanita yang bekerja sebagai pengurus serta pelayan selain 28 pelanggan lelaki dan 26 pelanggan wanita.

“Daripada jumlah itu, seramai 18 penjawat awam dikenal pasti berada di dalam premis berkenaan.”

Handcuff Gari Fmt 672X420 1

Manakala hasil ujian saringan awal air kencing pula mendapati seorang lelaki positif dadah jenis methamphetamine manakala yang lain negatif.

Manakala menurut FMT, sumber memberitahu antara penjawat awam yang ditahan adalah merupakan pegawai dari badan beruniform iaitu satu koperal , enam lans koperal dan enam konstabel termasuk seorang wanita dari unit trafik dari pelbagai unit dan stesen serta dua pegawai bomba dan satu askar komando.

Dikatakan, askar komando yang ditahan itu berpangkat sarjan dan merupakan eskort kepada pegawai tertinggi tentera di kementerian pertahanan manakala dua pegawai bomba pula dari Bukit Jalil dan Pudu.

Kesemua mereka ini dikatakan akan digantung tugas sementara siasatan dijalankan mengikut jabatan masing-masing kerana terlibat dengan salah laku serta mencemarkan nama unit beruniform.

Selain itu, sebanyak 62 kompaun telah dikeluarkan dalam operasi tersebut kerana melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1955, Peraturan 16 Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 dan Seksyen 76 AKta Eksais 1976.

 

Baca: “Siap pasang lampu mcm disko” – 8 Ditahan Termasuk Ketua Balai, Berparti Liar Dalam Bilik Gelap di Balai Polis

Screenshot 2021 09 06 At 6.09.44 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.