in

1,182 Pekerja Kilang Kibar Bendera Putih Sebab Bengang Dah 3 Bulan Tak Dapat Gaji

Gaji3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah 3 bulan tak terima gaji sejak April hingga Jun lalu, 1,182 pekerja dari sebuah syarikat industri perkayuan di Sipitang, Sabah tekad kibar bendera putih, mereka juga merayu supaya majikan dan kerajaan negeri memberikan penjelasan berhubung status pembayaran gaji mereka.


Ini kerana bukan sahaja mereka hilang sumber pendapatan, mereka juga terputus bekalan makanan serta keperluan harian yang lain.

 

Beratur panjang dekat mesin ATM, bila check gaji tak masuk-masuk

Gaji2

Salah seorang pekerja di syarikat tersebut, Bolin Tongoi, 55 memaklumkan bahawa, biarpun ada bantuan disalurkan seperti bakul makanan, dirinya dan pekerja lain begitu tertekan kerana masih memerlukan wang tunai untuk membeli keperluan lain.

“Jika gaji dibayar, sekurang-kurangnya dapatlah kami beli atau tambah apa yang diperlukan seperti lampin dan susu untuk anak-anak,” katanya Sinar Harian hari ini.

1122567

Katanya lagi, semua pekerja di kilang tersebut mahukan penjelasan oleh pihak majikan dan kerajaan negeri mengenai status pembayaran mereka.

“Disebabkan tidak menerima apa-apa penjelasan ditambah pula sebelum ini kawasan kami dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyebabkan kami mula menaikkan bendera putih pada awal bulan ini.”

“Semua penghuni di sini terjejas dengan keadaan ini menyebabkan kami terpaksa mengangkat bendera putih,” katanya.

Gaji

Lebih menyedihkan lagi,pekerja di kilang itu jadi makin putus harapan kerana ada pekerja yang sanggup beratur panjang di mesin ATM setiap hujung bulan, tapi gaji tak masuk.

“Biasanya pada 29 atau 30 hari bulan mereka akan menerima gaji dan apabila tiba harinya, mereka sanggup beratur panjang di bank tetapi akhirnya tiada gaji yang masuk.

“Tidak ada makluman, itu yang menjadi kemarahan pekerja sehingga kami terpaksa menghantar surat kepada pelbagai pihak untuk mendapat perhatian berhubung isu ini,” katanya.

Haih, rasa kesian tengaok nasib-nasib mereka yang terjejas ni, harap segala urusan mereka dapat dipermudahkan.

 

Baca : Tak Setuju Kempen Kibar Bendera Putih, Mufti P.Pinang Berpendapat Ia Tidak Wajar & Beri Maksud Putus Asa

Bendera Putih 1

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.