in

100k Penerima Dos Vaksin AstraZeneca Perlu Muat Turun Semula Sijil Digital MySejahtera Kerana Alami Gangguan Teknikal

Page Kj 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) memaklumkan bahawa lebih 100,000 penerima dos vaksin AstraZeneca perlu memuat turun semula sijil digital MySejahtera mereka bermula pada 30 Oktober ini.


Ini kerana, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan gangguan itu telah dialami oleh sejak 21 Oktober yang lalu.

Dalam sidang media yang diadakan, KJ memberitahu ada beberapa maklumat vaksinasi yang dilihatkan tidak selari dengan sijil digital yang diterima oleh sejumlah penerima vaksin AstraZeneca itu.

Az

Perkara itu berlaku disebabkan oleh pertindihan data vaksin yang menggunakan Nombor Antarabangsa Perdagangan Global (GTIN) dan juga yang telah dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Vaksin (VMS).

100,000 penerima suntikan vaksin yang terjejas dikhususkan kepada penerima kumpulan AstraZeneca No ABX6083. Oleh itu, penerima dos ini perlu menyemak semula kumpulan masing-masing di aplikasi MySejahtera.

Mysejahtera

KJ juga menambah, produk farmaseutikal yang berdaftar di Malaysia hanya diberikan satu nombor pendaftaran berdasarkan jenama produk dan juga pusat pengeluaran yang terlibat merupakan salah satu isu yang menyebabkan gangguan teknikal kepada penerima AstraZeneca.

Bukan itu sahaja, sebelum ini vaksin Covid-19 dari pengeluaran COVAX global menggunakan nombor pendaftaran yang sama, walaupun berasal dari pengeluar yang berbeza. COVAX merupakan produk dari Korea Selatan dan juga Sweden.

Baca: Russia Lapor Varian Baharu COVID-19, Lebih Mudah Menular Berbanding Delta

Rusia

Sumber: Reuters
Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.