⁠Polis Berjaya Tumpaskan ‘Pusat Scammer’ Warga China, Guna 8 Unit Kondo Yang Dibeli Secara Cash

Tambah ke Sumber Pilihan
⁠Polis Berjaya Tumpaskan ‘Pusat Scammer’ Warga China, Guna 8 Unit Kondo Yang Dibeli Secara Cash

Polis membongkar pusat penipuan dalam talian yang beroperasi dari lapan unit kondominium bernilai RM16 juta di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur.

Premis tersebut dibeli tunai secara berperingkat oleh warga China sebelum dijadikan pusat panggilan penipuan atau scammer call centre.


Screenshot 2025 02 22 At 1.44.16 Pm

Memetik laporan Sinar Harian, serbuan Unit Taktikal Siber dan Bahagian Operasi Risikan JSJK Bukit Aman pada Rabu lalu berjaya menahan 14 individu, termasuk seorang warga Turkiye, 11 warga China, dan dua rakyat tempatan.

Sindiket ini dipercayai menawarkan hadiah gajet mewah melalui permainan dalam talian di platform WeGame sebelum menipu mangsa dengan bayaran tambahan.

Polis turut merampas RM4.8 juta wang tunai, dua buah Toyota Alphard, komputer, barang kemas, serta dokumen jual beli rumah bernilai keseluruhan RM7 juta.

Artikel berkaitan: Padah Menipu, Lelaki Berjaya Dapatkan Semula Wang Yang Dikebas Lepas Perdaya Scammer

Artikel berkaitan: “Scammer pun cair” – Cara Wanita Ini Layan Panggilan Palsu Buat Netizen Terhibur

Screenshot 2025 02 22 At 1.44.07 Pm

Ketua sindiket dan seorang suspek wanita warga China, yang dipercayai bekas suami isteri, membeli kondominium tersebut sejak September lalu menggunakan wang hasil jenayah di Filipina.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dengan 12 warga asing direman hingga 23 Februari dan dua warga tempatan direman dua hari.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

⁠Polis Berjaya Tumpaskan ‘Pusat Scammer’ Warga China, Guna 8 Unit Kondo Yang Dibeli Secara Cash
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/%e2%81%a0polis-berjaya-tumpaskan-pusat-scammer-warga-china-guna-8-unit-kondo-yang-dibeli-secara-cash/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM